Terima kasih kepada semua yang bagi tips itu dan ini serta mendoakan kesihatan anak bongsu saya Khaleed yang kena chicken pox hari ini. Ramai juga yang pm nak bagi itu dan ini.
InshaAllah, saya ada pengalaman menjaga anak sulung saya Khaleef yang dah kena tahun lepas. Namun waktu tu masih ada ibunya yang mengandungkan si bongsu ini. Jadi taklah kelam kabut sangat.
Segala ubatan saya tahu dan telah tambah apa yang dah habis dan juga sudah berjumpa doktor. Tips yang diberikan juga saya ambil maklum kesemuanya. Khaleed baik-baik sahaja setakat ini, tidak demam dan masih lagi aktif. Jadi masih ok semuanya.
Cumanya kali ini saya bersendirian.
3 orang hero ini bukan calang-calang untuk saya uruskan apabila ada seorang yang jatuh sakit. Jadual saya semuanya harus dirombak sehinggalah dia sihat semula.
Boleh sahaja saya import maktoknya dari kampung. Namun saya rasa saya masih mampu melakukannya sendirian. Ujian begini rasanya akan memberi lebih kesabaran dan kekuatan buat saya. Allah tidak membebankan mereka yang tidak mampu.
Semoga saya kekal tenang, kool dan sabar serta tidak bertukar hijau seperti Hulk atau purple seperti Thanos. Walau berkali Khaleef pernah tanya saya taknak jadi Thanos ke kerana dengan petik jari sahaja semuanya selesai.
Takpelah, Thanos dan Superdaddy ni berbeza, lain levelnya dan lain kehebatannya.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua.
Saya amat-amat menghargainya.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy







Leave A Reply