• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

TIPS PANDUAN DAN KEPERLUAN PENTING UNTUK JEMAAH HAJI 2019

24/04/2019

Ada tak yang dapat pergi haji tahun ini?  Ke giliran korang lambat lagi?

Bagi yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini, berikut adalah tips, checklist dan sedikit panduan tentang keperluan barangan serta persediaan yang diperlukan oleh jemaah lelaki dan wanita.

Lengkap oihh segala tips dan checklist yang disenaraikan ni.

Tips dan panduan penting ini diberikan oleh Puan Haninah yang telah menunaikan haji pada tahun lepas.  Beliau minta saya kongsikan agar dapat membantu korang atau ibu bapa dan sanak saudara serta sahabat handai yang bakal mengerjakan haji pada tahun ini, insyaAllah.

Panjang bebenor tau tips ni.

***

TIPS PANDUAN DAN KEPERLUAN PENTING UNTUK JEMAAH HAJI 2019 BERDASARKAN PENGALAMAN HAJI 2018 DAN UMRAH 2017

Urusan Persediaan Sebelum Keberangkatan dari Malaysia – (Tempoh berbaki April – 30 Jun 2019)

A. ILMU PENGETAHUAN TENTANG TATACARA MENGERJAKAN HAJI.

1. Ikuti sepenuhnya Kursus Intensif dua hari dalam bulan April 2019.

2. Ikuti sepenuhnya Kursus Perdana di ibu negeri pada Jun 2019.  Ambil peluang untuk ikuti semua praktikal mengerjakan haji terutamanya tawaf, saei, melontar dan contoh keadaan tempat tidur di Arafah dan Mina.  Itulah saiz sebenar di sana nanti.

3. Baca buku-buku dan penulisan berkaitan ibadah haji.  Semua buku yang dibekalkan pihak TH adalah terbaik.  Buku doa juga tersangat penting untuk dibaca dan diamalkan.  Seterusnya baca juga pengalaman jemaah haji lain sebelum ini sama ada dalam bentuk buku atau internet.

4. Muat turun dan baca maklumat daripada portal TH berkaitan ibadat haji terutamanya “Resolusi Muzakarah Haji” mengikut tahun-tahun haji sebelum ini.

B. PERSEDIAAN MENTAL

Bertaubat dan istiqomah memperbaiki diri setiap hari dengan; melakukan solat taubat, solat hajat, solat tahajud, solat dhuha, solat witir dan pelbagai solat sunat yang lain.  Mengaji dan memperbaiki bacaan al-Quran, berpuasa sunat dan bersedekah.

C. PERSEDIAAN KELENGKAPAN BARANGAN – LELAKI

SENARAI BARANGAN WAJIB DALAM BEG BESAR – CHECK-IN BAG (Selain set pakaian)

1. Ubat gigi
2. Botol spray – minimum 2 unit
3. Extension wire dan adapter
4. Charger
5. Pisau
6. Gunting
7. Cepit kuku
8. Makanan kering/sambal pedas/serunding dll – dipek saiz kecil untuk sekali makan.
9. Bahan lain yang tajam – jarum jahit/benang.
10. Bahan cecair lebih 100 ml, dll.
11. Buku-buku panduan haji/buku doa.
12. Buku nota dan alat tulis/marker pen
13. Sejadah nipis
14. Besi gantung bentuk S
15. Ubat-ubatan.
16. Set pencukur
17. Payung pendek
18. Seluar dalam pakai buang
19. Beg plastik pelbagai saiz.
Lebihkan yang saiz sesuai untuk isi kasut tiap kali ke masjid.
20. Beg plastik sampah besar untuk pelbagai guna
21. Cadar kecil/sarung bantal
22. Tuala/kain buruk
23. Mask/topeng muka – 1 kotak (Lelaki jenis sangkut di telinga)
24. Earphone hp
25. Alas tempat tidur di Masyair – 2 keping
26. Beg jerut jenis kain yang kuat dan lasak boleh gantung di belakang untuk mudah bawa barang/kasut semasa tawaf n saie.
27. Satu kertas A4 maklumat diri sama seperti pada sarung beg besar – dilaminate.
28. Tali/kain/reben berwarna untuk tanda pengenalan pada beg besar dan beg galas.
29. Sarung beg besar.

SENARAI BARANG DALAM BEG GALAS 7 KG/KABIN BEG
(Untuk jemaah Haji Ifrad pastikan terus memakai kain ihram)

1. Set pakaian lengkap anggaran untuk 2 hari ATAU 1 set pakaian ihram (untuk jemaah Haji Ifrad).
2. Tuala sederhana
3. Berus dan ubat gigi kuantiti kurang 100 ml.
4. Beg2 plastik
5. Power bank
6. Buku nota dan pen
7. Buku panduan haji/buku doa
8. Tasbih
9. Sejadah kecil
10. Kain pelikat 2 helai
11. Lampu picit saiz kecil
12. Bantal separuh bulat sesuai untuk sokong leher 9 jam dalam kapal.
13. Marker pen
14. Biskut paket
15. Tisu
16. Baju sejuk atau selimut kecil ringan
17. Satu kertas A4 maklumat diri sama seperti pada sarung beg besar – dilaminate.

KEPERLUAN PAKAIAN YANG SESUAI – LELAKI

1. Baju jubah/kurta- 5 helai
2. Baju Melayu – 2 helai
3. Baju tidur/t-shirt – 3 helai
4. Seluar – 5 helai.
5. Kain pelikat – 4 helai
6. Kain ihram – 4 helai
7. Stokin 3 pasang
8. Tali pinggang ihram 2 unit.
9. Kopiah
10. Seluar dalam pakai buang
11. Tuala 2 helai.

D. PERSEDIAAN BARANG KEPERLUAN UNTUK HAJI – WANITA

SENARAI BARANG WAJIB DALAM BEG BESAR – Check-in bag (Selain set kumpulan pakaian, tudung/telekung/tuala/pakaian dalam, dll)

1. Ubat gigi
2. Botol spray – minimum 2 unit.
3. Extension wire dan adapter.
4. Charger hp
5. Pisau
6. Gunting
7. Cepit kuku
8. Makanan kering/sambal pedas/serunding, dll – dipek saiz kecil untuk kegunaan sekali makan
9. Bahan lain yang tajam-tajam – jarum jahit/benang.
10. Bahan cecair lebih 100 ml/pencuci muka, dll.
11. Buku-buku panduan haji/buku doa
12. Buku nota dan alat tulis/marker pen
13. Sejadah
14. Besi gantung bentuk S.
15. Ubat-ubatan
16. Payung pendek
17. Earphone hp
18. Beg plastik pelbagai saiz – Lebihkan yang saiz sesuai untuk isi kasut tiap kali ke masjid.
19. Beg plastik sampah besar untuk pelbagai guna.
20. Cadar ringan dan sarung bantal
21. Tuala/kain buruk.
22. Sanitary pad pelbagai saiz
23. Seluar dalam pakai buang.
24. Mask/topeng muka – 1 kotak (Wanita jenis tali boleh ikat)
25. Alas tempat tidur di Masyair – 2 keping
26. Beg jerut jenis kain yang kuat dan lasak boleh gantung di belakang untuk mudah bawa barang/kasut semasa tawaf dan saie.
27. Satu kertas A4 mklumat diri sama seperti pada sarung beg besar – dilaminate.
28. Mangga beg besar untuk beg besar – 2 set.
29. Tali/kain/reben berwarna untuk tanda pengenalan pada beg besar dan beg galas.

SENARAI BARANG DALAM BEG GALAS 7 KG/KABIN BEG

1. Set pakaian lengkap anggaran untuk 2 hari.
2. Tuala sederhana
3. Berus dan ubat gigi kuantiti kurang 100ml.
4. Beg-beg plastik
5. Power bank
6. Buku nota dan pen
7. Buku panduan haji/buku doa
8. Tasbih
9. Sejadah kecil
10. Dua helai tudung besar yang dwifungsi sebagai telekung
11. Lampu picit saiz kecil
12. Bantal separuh bulat sesuai untuk sokong leher 9 jam dalam kapalterbang
13. Marker pen
14. Biskut packet
15.Tisu
16. Baju sejuk atau shawl atau selimut kecil ringan.
17. Mangga untuk beg galas – 2 set.
18. Satu kertas A4 maklumat diri sama seperti pada beg besar – dilaminate
19. Sanitary pad

JENIS PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK WANITA UNTUK MUDAH BERGERAK DAN BERIBADAT

1. Baju jubah BERPOKET – minimum 6 helai (cari jubah yang berpoket kiri dan kanan – ini lebih baik)
2. Tudung labuh dwifungsi sebagai telekung (saiz XXXL) – minimum 5 helai
3. Telekung 2 pasang (sbb dah byk tudung besar)
4. Seluar pnjg gelap – 5 helai (utk ganti kain dalam)
5. Kain dalam 2 helai (sbb dah ada sluar pnjg)
6. Stokin tangan 3 pasang
7. Stokin kaki pnjg dan tebal 6 pasang
8. Serkup kepala 4 helai
9. Kasut tawaf – 3 pasang
10. Kain batik 2 helai
11. Tuala nipis 2 helai
12. Baju tidur/tshirt lengan panjang/pendek – 4 helai
13. Pakaian dalam secukupnya termasuk anak baju
14. Baju kurung – jika suka/jika perlu.

E.BARANGAN PERLU TAPI BOLEH BELI DI KEDAI-KEDAI KELILING HOTEL DI MEKAH/MADINAH

1. Tali ampai baju
2. Sepit baju
3. Sabun basuh baju
4. Cawan, pinggan mangkuk sudu dan garpu
5. Hanger
6. Biskut/makanan kering
7. Air mineral
8. Selipar tandas
9. Kasut tambahan
10. Sejadah
11. Binding tape
12. Sabun mandi
13. Syampoo
14. Gayung dan baldi
15. Tisu
16. Mee segera
17. Gelen/bekas air

F. KESIHATAN *PALING UTAMA*

1. Senaman bermula SEKARANG dan usahakan setiap hari.
Berjalan sejauhnya dan berlari-lari anak. Mulakan senaman dengan sesi memanaskan badan.

2. Kurangkan berat badan.

3. Yang merokok elok berhenti sekarang.  Benda makruh apatah lagi telah difatwakan haram tidak berbaloi untuk dipertahankan.  Elakkan segala yang sia-sia lagi memudaratkan.

4. Jaga makan.

i. Makanan yang berkhasiat dan halalan toyyiban sahaja.
ii. Banyakkan ulam dan buah-buahan setiap hari.  Juga superfood seperti halia, bawang putih, kunyit hidup dan lemon.
iii. Elakkan ais dan MSG.
iv. Kurangkan makanan yang berlebihan gula, garam dan minyak.
v. Pada tiap sesi makan, jangan dicampur sumber darat dengan laut.  Jika ikan dengan udang, sotong, dll sahaja.
Jika ayam, gengnya kambing dan lembu sahaja.
vi. Ambil makanan sunnah sekerapnya dengan kuantiti yang sesuai.
Madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kurma, dll.

5. Berurut.

Jangan bawa ke Tanah Suci kesakitan yang dirasakan kecil sekadar rasa pedih, ngilu atau rasa sengal.  Jika wanita, ada kemungkinan peranakan jatuh.  Lelaki pula kemungkinan angin berkumpul.

6. Berusahalah untuk sembuhkan penyakit jika ada seperti darah tinggi, kencing manis, gout dan lain-lain.  Berpantanglah makan.

7. Jika anda bergantung kepada ubat yang tertentu pastikan bekalan ubat dan peralatan yang mencukupi.  Contoh: Ubat dan jarum suntikan kencing manis.

8. Wajib bawa bekalan ubat-ubat penting dan keperluan selain yang telah ditetapkan doktor seperti;

i. Paracetamol.
ii. Ubat tahan sakit/sakit gigi Synflex.
iii. Minyak urut/minyak angin.
iv. Ubat batuk hisap/lozenge yang terbaik.  Contoh yang ok, Koflet Himalaya.  Atau tanya klinik dan farmasi, minta yang terbaik.
v. Ubat batuk jenis spray ke tekak.
vi. Vitamin C dan B Complex yg terbaik.
vii. Minyak ikan/Omega oil.
viii. Lip balm – kena pakai setiap hari lelaki dan wanita.
ix. Ubat selsema
x. Cecair pencuci kuman di tangan
xi. Topeng muka.
Minimum seorang sekotak isi 50 keping.
Lelaki yang bertali sangkut di telinga.
Wanita tali yang bebas diikat.
Pakai topeng sejak awal ketibaan di Tanah Suci terutama di kawasan sesak, dalam lif, lobi maktab, dsb.  Jangan tunggu sudah batuk/selsema baru pakai.  Pakai dengan letak pada permukaan yang betul sama ada ketika sihat atau sedang sakit ia berlainan permukaan.

9. Di Tanah Suci nanti maksimumkan minum air zam zam sebanyak-banyaknya.  Botol-botol minuman yang diberi pihak Muassasah yang telah kosong gunakan untuk ambil air zam-zam untuk bekalan di bilik maktab.  Sedekahkan kepada yang tak mampu mengambilnya.

10. Beli jus buah/buahan segar/makanan sunnah berdekatan maktab.

11. Jika penyakit belum sembuh sepenuhnya seperti kencing manis, gout, dsb, anda masih perlu untuk berpantang daripada mengambil makanan tertentu.  Contoh: Gout, elakkan kubis/bunga kubis.

12. Banyakkan sedekah dan infaq bermula sekarang.

13. Sentiasa berterusan berdoa mohon keampunan dan kemudahan daripada Allah swt.  InsyaaAllah sihat sebelum, semasa dan selepas mengerjakan haji.

G. KESELAMATAN BEG-BEG JEMAAH

1. Ikat reben/tali tanda pengenalan pada semua beg jemaah.  Warna/bentuk sama bagi semua beg milik tiap orang jemaah.  Tetapi warna berbeza bagi tiap ahli keluarga untuk mengelakkan kecelaruan semasa mencari beg.

2. Mangga – bawa minimum 3 set.
Kunci dikumpul pada beberapa key chain bertali.  Satu set diikat pada beg sandang.  Satu set dalam poket beg 7 kg.  Satu set dalam poket beg besar.

Jika berkeluarga, masing-masing memegang 1 set kunci saudara yg lain.  Contoh: Jemaah A pegang juga set kunci jemaah B.

H. KEPERLUAN WANG TUNAI

1. Bawa duit riyal Saudi sekadarnya sahaja.  Tukar duit ke riyal Saudi sekarang.  Jika sudah menghampiri musim haji, kadarnya akan meningkat.

2. Terdapat kaunter tunai TH di semua maktab.  Bila-bila masa boleh keluarkan duit simpanan TH dalam riyal Saudi pada waktu pejabat di sana.

3. Tak perlu bawa ringgit Malaysia kecuali sekadarnya keperluan di KLIA.

I. SIM CARD/WIFI/TELCO SESUAI

1. Boleh beli di kaunter yang disediakan di maktab masing-masing.

2. Keperluan sebaiknya ambil pakej untuk panggilan dan internet kerana haji tempohnya lama.

3. Wifi percuma biasa ada di tiap maktab tapi terhad di kawasan/tingkat tertentu.

J. URUSAN HARI KEBERANGKATAN DI KOMPLEKS HAJI TH SEPANG*

1. Datang awal sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu ditetapkan untuk check-in beg besar, mengambil pasport, tag nama, dan sebagainya.  Contoh: Waktu ditetapkan untuk hadir jam 2.30 petang.  Sebaiknya sampai Kompleks TH jam 12.00 tgh.  Makan minum ada gerai disediakan.

2. Untuk kemudahan menunggu diri dan saudara mara, sangat digalakkan untuk membawa tikar.

3. Buang air siap-siap di Kompleks TH atau di terminal KLIA.  Elakkan di dalam kapal terbang kecuali terpaksa.

4. Jemaah wanita, jika pun anda belum waktunya tempoh haid sampai, JUGA yang dah lama tidak datang haid, sangat perlu anda bawa tuala wanita dalam beg galas 5 kg itu.
Tahun lepas ada yang tak disangka haid hadir dua jam sebelum kapal berlepas.

5. Berkenalanlah seadanya dengan geng jemaah yang ada kerana anda akan bersama mereka sepanjang 42 – 45 hari.

K. SUASANA MAKTAB, BILIK PENGINAPAN DAN SEKITARNYA

1. Maktab ini umumnya di Malaysia disebut hotel.

2. Satu maktab biasa dihuni 2500 – 3500 jemaah yang terdiri daripada beberapa kumpulan penerbangan.

3. Kumpulan yang awal tiba sebaiknya membantu jemaah yang tiba kemudian.

4. Bilik penginapan biasa dihuni antara 4 – 8 orang ikut saiz bilik.

5. Kemudahan bilik biasanya sangat selesa dengan bilik air di dalam, tilam, bantal empuk dan selimut tebal.  Juga kemudahan pendingin hawa, peti sejuk dan singki/pantri.

6. Anda perlu bekerjasama untuk menggunakan segala kemudahan dengan berhemah.

7. Sebelum putuskan untuk pilih mana-mana katil, berbincanglah dulu tentang kemungkinan ada jemaah yang perlu duduk jauh sikit daripada pendingin hawa, atau perlu berdekatan dengan almari simpan ubat-ubatan, atau juga berdekatan bilik air.

8. Kebanyakan bilik akan terdapat sepasang dua sofa dan meja kopi.  Jadi, sebaik sampai di bilik itu sila keluarkannya dan susun molek-molek di luar bilik.  Jangan diletakkan begitu sahaja ke mana-mana sudut.  Set ini sangat berguna kepada jemaah terutamanya pada waktu sarapan pagi atau mkn tengah hari dan malam.  Bergilirlah mnggunakannya.
Dan jangan lupa membersihkan meja dan sofa yang telah digunakan.

9. Susun beg besar masing-masing elok-elok agar terdapat ruang sesuai jika ada jemaah yang uzur atau terpaksa bersolat di bilik.

10. Bincang juga jadual bertugas kebersihan bilik.  Tak perlu berposter, bertulis bagai.  Sekadar sebutkan giliran hari bertugas memadai.  Sampah mesti dibuang setiap hari.

11. Jika terdapat keperluan atau giliran untuk wakil mengambil pek makanan di dewan makan, pastikan jumlah yang tepat dan sah.  Maksudnya tanya dulu persetujuan rakan jemaah lain.  Kerana terdapat kemungkinn jemaah mahu berlama-lama di masjid, mengerjakan umrah sunat, ziarah, dsbnya.

12. Kemudahan lain di maktab – syarikat kurier/Pos Laju untuk kiriman barang dan air zam-zam, kaunter TELCO, pejabat urusan TH, kaunter juruwang TH juga kemudahan klinik kesihatan.

L. SIKAP DAN PEMBAWAAN DIRI DI TANAH SUCI – ALLAH MAHA MELIHAT.

1. Tiap jemaah berurusan terus secara tunai dengan Allah swt di Tanah Suci apatah lagi di tiap kawasan Tanah Haram.

2. Berusahalah untuk merebut tiap peluang beribadat dan membuat kebaikan yang pahalanya 1,000 di dalam Masjid Nabi dan 100,000 di kawasan Tanah Haram Mekah.

3. Tetapi, berpada-padalah dalam berurusan dengan para jemaah dan insan-insan lain.  Menolong orang lain atau membuat apa jua kebaikan, sangat bagus untuk pahala berganda tetapi keutamaan adalah kepada mengurus diri sendiri dahulu.

4. Jaga kebersihan diri sendiri, bilik penginapan dan semua tempat yang anda pergi.  Jangan buang sampah merata, campak bawah katil, tepi tangga, dalam surau maktab, masjid dan lain-lain tempat.

5. Jangan sibuk sangat hal jemaah lain, kecuali dalam hal yang membahayakan diri sendiri atau jemaah lain.

6. Awasi kata-kata anda.  Lebih baik diam, beristighfar dan berzikir, dll ibadat daripada berkata-kata yang sia-sia.

7. Jika anda mampu menolong orang lain, bantulah.  Jika tidak, jangan kerana anda, orang lain rasa terganggu, menderita, dsbnya.

8. Buat baik berpada-pada, yang tidak baik jangan sekali-kali.

9. Hormati yang tua, kasihi yang muda.

Semoga semua urusan haji tuan puan para jemaah 2019 dipermudahkan ALLAH SWT seterusnya memperoleh haji yang mabrur.

Aminn.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lain berkaitan pengalaman haji 2018 (selain pengurusan haji oleh TH) boleh hubungi beliau melalui Whatsapp atau SMS di talian
012- 350 8379 – Puan Haninah.

Dimohon juga tuan puan para jemaah sekalian untuk mendoakan Puan Haninah seisi keluarga sentiasa dipermudahkan Allah dalam segala urusan, serta beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah swt di dunia dan di akhirat.  Aamiin aamiin ya Allah.

Semoga kita semua beroleh manfaat daripada perkongsian ini.

Sila save dan share untuk kebaikan semua.

Yang berminat untuk mencetak atau menyimpan artikel ini boleh muat turun dalam format pdf. Link diberikan di bahagian komen.

#tipshaji2019

Share

Blog  / Guides  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved