• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

TIPS PENGINAPAN PERCUMA KETIKA MENGEMBARA

12/01/2016

Abang nak bagi tips sikit untuk adik-adik yang baru nak belajar nak naik kapal terbang gi overseas untuk travel dengan bajet ciput ni. Abang sering dapat permohonan dari rakan-rakan pembaca yang inginkan penginapan percuma yakni menumpang semalam dua di rumah abang.

Jadi di sini abang nak bagi tips sikit.

Pertama sekali, baca post abang sebelum ni tentang couchsurfing, nightswapping, housesitting dan sebagainya. Kompom percuma tu.

Kedua, adik-adik boleh menumpang di rumah rakan atau rakyat Malaysia di luar negara. Yang ini abang nak tekankan sebab ramai pernah dan masih memohon nak tumpang di rumah abang. Jadi abang bagi tips sikit cara untuk memikat hati tuan rumah untuk bagi anda tumpang semalam dua ataupun seminggu dua di rumahnya.

1. Dapatkan contact mana-mana rakyat Malaysia di tempat atau negara yang ingin anda pergi melalui rakan-rakan, Google, blog, Facebook dan sebagainya. Dah dapat maka hubungilah mereka. Ceritalah tentang diri anda dan niat untuk melawat negara atau bandar tersebut dan pohonlah sedikit tips mengenai tempat tersebut dari tuan rumah. Apa yang best kat tempat tu? Kat mana nak dapat makanan halal? Kat mana nak beli souvenir dan sebagainya.

1. Berkenalan dan berkawan terlebih dahulu. Jangan terus email atau mesej “Tuan, kami nak tumpang 2 malam boleh?” atau “Kami masih belum ada penginapan jadi kami perlukan pertolongan tuan” atau tak kisahlah ayat macamana pun. Jangan terus mintak. Sering berhubung melalui email dan bertanya beberapa soalan mengenai kembara anda dan jaga adab ketika menulis. Jaga budi bahasa.

2. Selidik latarbelakang tuan rumah yang ingin anda tumpang tu sambil anda berbalas-balas email tu kan – tanyalah, berapa ahli keluarganya, rumah ke apartment ke, sewa mahal ke murah? Berapa bilik rumah tu? Jauh tak dari bandar? Anak berapa orang? Dan sebagainya. Dari situ anda akan dapat tahu chances atau peluang untuk anda dapat tumpang ataupun tidak.

3. Pastikan tuan rumah dan anda kini dah jadi kawan dan sangat mesra. Tawarkan untuk membawa kiriman dari Malaysia untuknya apabila anda melawat bandar tuan rumah tu nanti. Contohnya tawarkan untuk bawa ikan bilis, belacan, tempe, budu dan sebagainya.

4. Tarikh dan masa perlulah sesuai. Semak dulu dengan tuan rumah, adakah dia available ketika tarikh anda hendak hantar kiriman ikan bilis atau budu tadi. Kalau dia cakap ada maka tarikh tu sesuai lah. Kalau dia cakap tak ada, pergi out station atau bercuti maka harapan anda amatlah tipis untuk menumpang.

5. Bahagian akhir ni, bolehlah anda masuk jarum. Katakan kalau tuan rumah available maka boleh tak nak hantar kiriman tu pada sekian sekian haribulan. Biasanya di bahagian atau babak ini tuan rumah akan bertanya anda akan tinggal di mana? Maka cakaplah “Belum tahu lagi lah tuan, ingat nak tanya tuan tahu tak mana-mana hostel atau penginapan yang paling murah untuk saya atau kami bermalam?” Ketika itu tuan rumah akan cakap “Tak payahlah susah-susah, tinggal saja di rumah saya”.

6. Bahagian ekstra – kalau tuan rumah masih tak offer atau tawarkan kepada anda untuk bermalam di rumahnya maka waktu ini anda boleh cuba tanyalah dengan penuh budi bahasa samada boleh tak anda ingin menumpang semalam dua.

InshAllah pasti boleh.

————————————————————-

Abang pernah dimarahi oleh seorang traveller kerana tidak dapat menumpangkan beliau tidur di rumah abang. Beliau cakap abang orang yang sombong, orang Islam yang tidak ukhuwah, orang Melayu yang lupa daratan dan sebagainya kerana tidak dapat menumpangkan beliau menginap di rumah abang.

Kononnya dia seorang backpacker yang hebat dan ramai dah orang lain yang bagi dia tumpang sebelum ini.

Hmmmmm….

Abang tidak kenal siapa beliau, lelaki ke perempuan pun abang tak tahu sebab menggunakan nama samaran. Ayatnya pun tiada adab, terus mesej abang dan mintak nak tumpang. Bila abang cakap maaf tidak boleh sebab tidak ada bilik kosong dan keadaan ketika itu tidak sesuai maka keluarlah berapi-api kata-kata yang sangat tidak sedap didengar ditujukan kepad abang.

Ketika itu isteri abang sarat mengandung, ketika itu juga abang ada tetamu lain yang abang tumpangkan kerana beliau berkawan dengan abang terlebih dahulu dan abang secara sukarela offer beliau untuk tumpang di rumah abang.

Abang perlu ada priority – nak jaga ukhuwah atau nak jaga keselamatan keluarga abang? Entah-entah pembunuh bersiri nak tumpang ke? Perompak ke? Perogol ke? Bukannya abang nak tuduh tetapi kalaulah ayat beliau elok, perkenalkan diri dahulu, perkenalkan nama dan jantinanya, anak siapa, tinggal di mana, kerja apa dan sebagainya – jawapan abang mungkin berbeza kot.

Jadi, pesanan abang kepada adik-adik semua,

Ikutilah tips-tips abang di atas dan jaga adab dan budi bahasa anda ketika ingin memohon pertolongan dari orang.

Bolehkan?

Entahlah….sila sambung,

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Guides  / Peoples  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved