• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Tunjang Kekuatan

05/12/2018

“Yang, I ni dah tua, jadi I rasa kan, tak perlu kot kita tunggu sampai Khaleef dah..”

“I dah pregnant yang.”

Nah, baru sahaja nak bagitau isteri yang saya nak anak kedua secepat mungkin lalu terus Allah makbulkan niat saya.

Saya masih ingat dengan jelas saat-saat getir sang isteri berjuang melahirkan anak kedua kami di tarikh yang sama pada hari ini.  Dari jam 4 pagi di bilik bersalin hingga jam 11 pagi esoknya menahan sakit.

Pada 5 Disember, seorang bayi seberat 3.7kg yang keluar tanpa sebarang gerakan dan esakan membuatkan saya panik.  Terus doktor memotong talipusat dan bergegas dibawa keluar dari dewan bersalin.

Saya terpinga-pinga.

Keluarlah saya menangis di bawah pokok kami, mendoakan agar bayi saya selamat.

Alhamdulillah, dia okay.

Khaleel nama diberi.

“Cukuplah dua orang yer?  I tak selesa untuk mengandung lagi.  Setiap kali mengandung saya sakit teruk, kena diabetis, kena hypertension…”

“Baiklah.”

Saya jawab ringkas.  Walaupun saya inginkan lagi namun saya hormat permintaannya.  Beliau yang menangung sakitnya.  Saya setuju.

Selang setahun kemudiannya dia mengadu tidak sedap badan.  Katanya “Something is not right, I might be pregnant again”.  Tepat sekali telahannya.

“Takpelah yang, rezeki Allah nak bagi.  Pasti ada hikmahnya.”

Dia memujuk diri.

Saya bersyukur.

Pada hari yang sama 5 Disember, seorang bayi lelaki dilahirkan dengan mudah sekali.  Dengan berat 2.8 kg, bayi ini kami namakan Khaleed.

Iras ibunya, saling tak tumpah.

Hikmahnya, menjadi pengubat rindu pada si isteri.  Senyumannya sudah cukup mengubat gundah dijiwa.  Gelaknya hampir pasti membuatkan saya bahagia.

Kini kedua anak kecil itu membesar dengan sihat walaupun tanpa ibunya di sisi.  Mereka cepat menyesuaikan diri dengan hidup baru tanpa kasih sayang seorang yang melahirkan mereka.

Merekalah tunjang kekuatan saya.  Di dalam diri setiapnya ada ibu mereka bersama.

Saya tidak berseorangan.

Duhai Khaleel dan Khaleed, hari ini hari ulangtahun kelahiran kamu.  Ketahuilah yang kamu adalah amanah yang ditinggalkan oleh mommy kepada daddy.  Semua yang terbaik akan daddy berikan kepada kamu selagi mampu.

Daddy sayang kamu sehingga ke nafas yang terakhir.

Demi Allah, jadilah kamu anak yang soleh yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Lahir.

KHAIRUL ABDULLAH
#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Nostalgia  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved