• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Udang Berjanggut Goreng Butter

02/11/2019

Allahu, dah pukul 3 baru boleh nak lunch.  Mujur sedap hingga menjilat jari.

Udang Berjanggut Goreng Butter.

Bahan-bahannya.

Secekak udang yang paling segar
Butter
Bawang putih
Daun kari
Daun bawang
Minyak zaitun
Lada hitam
Garam

Cara nak buat dia begini.

Bersihkan udang dan belah belakang dan buang jalur hitam tu, itu jer.  Biarkan udang dalam bentuk asal.  Janggut juga biarkan kerana udang lebih hensem bila ada janggut.

Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun atau minyak sawit pun boleh lepas tu tumis bawang putih dengan daun kari.  Kalau suka halia boleh tumis sekali.  Aku tak suka.

Masukkan udang dan balik-balikkan sampai bertukar merah.  Masukkan 2 sudu butter.  Masukkan garam dan lada hitam.  Seterusnya masukkan daun bawang dan boleh tambah bawang besar kalau suka.

Kacau kejap jer dalam kiraan 10 terus tutup api dan angkat.

Hidangkan bersama nasi.  Hiaslah ikut kepandaian masing-masing.

Makan seorang diri, jangan ajak orang.

Sekian.

#ResepiSuperDaddy

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved