Sudah sebulan saya bersama Team #InfakSusu menjalankan kerja-kerja pengagihan wang susu kepada keluarga memerlukan di seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Projek ini masih kami jalankan walaupun tidak kami uar-uarkan dan promosi kerana kekangan dana dan juga pelbagai isu lain. Team kami bekerja bersama atas kapasiti individu dan ada banyak risiko yang kami hadapi.
Oleh itu bagi melancarkan lagi kerja-kerja team kami, mulai esok team kami akan dikenali sebagai U4U, ringkasan dari Ukhwah For Ummah yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Saya selaku Presiden U4U, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kalian semua yang telah dan masih menyumbang bagi membantu team kami di dalam menjalankan kerja-kerja amal ini.
Saya masih lagi berharap agar kalian masih lagi sudi membantu saya dan team U4U untuk melaksanakan projek-projek terbaharu yang sedang kami rancang bagi menghadapi Ramadan yang menjelang seminggu sahaja lagi.
Semoga segala sumbangan dan bantuan kalian dapat membantu mereka yang memerlukan di waktu yang sukar begini.
Semoga Allah SWT memberi kemudahan, kelapangan dan dikurniakan ganjaran syurga buat kita semua.
We love. We care.
Ukhwah For Ummah (U4U)
KHAIRUL ABDULLAH
Presiden







Leave A Reply