Kita semua ada kisah kan?
Kisah kejayaan, kisah kegagalan, kisah kehilangan, kisah kegembiraan dan seribu satu kisah yang unik pada diri kita. Walaupun kisah kita tu macam sama jer dengan orang lain, namun sebenarnya kisah itu tetap unik untuk diri kita.
Tak akan sama dengan orang lain.
Bagaimana kita menzahirkan kisah ini jika kita ingin berkongsi dengan orang lain?
Bagaimana kita mahu kisah yang kita kongsi tadi orang faham, orang boleh hayati dan feel serta masuk dalam cerita kita? Barulah cerita kita sampai dan orang boleh faham perasaan kita tu kan?
Bagi yang ingin menulis kisah-kisah tentang diri, ini tips paling penting dari saya. Belajar menulis secara pengkisahan atau lebih dikenali sebagai “story telling”.
Kenapa story telling?
Sebab semua orang suka cerita.
Kita suka tengok wayang sebab kita suka cerita, kita baca novel sebab kita suka cerita, kita baca tulisan viral sebab kita suka cerita. Kita bergossip sebab kita suka kepada cerita.
Kita suka sebab kita boleh feel the story. Ia dekat dengan kita.
Sebab tu iklan Thailand selalu viral. Kenapa? Sebab iklan jual bedak jual insurans semua dibuat dalam bentuk story telling. Punyalah syahdu kita tengok, last-last tengok iklan bank.
Iklan Petronas pun selalu buat kita ketawa atau menangis tersedu-sedu. Sebab dibuat dalam bentuk pengkisahan atau story telling. Dia tak tunjuk dia jual minyak tetapi dalam iklan, dia jual emosi.
Al-Quran sendiri adalah naskah story telling. Di dalamnya ada kisah-kisah yang diceritakan untuk kita belajar dan ambil iktibar.
Nampak tak betapa penting atau signifikannya pengkisahan atau story telling ini?
Jadi, jika ingin menulis, maka tulislah dalam bentuk story telling.
Bagaimana?
Ini kriteria utama yang ada dalam story telling. Saya bagi 3 dulu yer:
1. Story telling ni mesti ada watak dalam cerita (saya, aku, dia, awek itu, Makcik Kiah, Pak Salleh).
2. Story telling mesti ada tempat (dalam rumah, di supermarket, dalam kereta, tepi jalan, atas flight).
3. Story telling mesti ada dialog (“Oihh, tepi sikit” “Tumpang tanya boleh bang?”, “Sayang, awak marah saya ke?”).
So, kalau ada 3 benda ni, barulah ada kisah atau ada cerita. Baru pembaca dapat berimaginasi rupabentuk atau karakter watak, dapat letakkan diri dia di tempat dan situasi tersebut.
Faham kan?
Lepas tu gaya penulisan pula memainkan peranan penting.
Tulislah seolah anda sedang bercerita dengan seorang rakan atau sesiapa sahaja di depan anda. Memang takde orang ketika anda sedang menaip, tetapi bayangkan yang ada seseorang yang sedang mendengar anda bercerita.
Bila begitu, anda tidak akan terbawa-bawa dengan penulisan skema, perkataan dan lenggok bahasa yang digunakan akan lebih realistik dan semuanya akan lebih lancar.
Orang yang membaca pun akan dapat merasa seolah duduk mendengar anda bercerita.
Begitulah.
Sempena bulan puasa ini ada Virtual Summit Kelas Penulisan Ramadan. Jadi bagi yang berminat boleh sertai dan belajar pelbagai ilmu penulisan secara online.
Boleh belajar bab teknikaliti penulisan, pemasaran karya, suntingan dan penerbitan, cara buat duit dengan menulis dan mencari lubuk wang melalui menulis.
Ada 26 panel daripada pelbagai bidang kepakaran bergabung tenaga memberi ilmu kepada anda.
Kuliah berbentuk video dapat anda lihat pada bila-bila masa mengikut keselesaan dan kesesuaian masa anda selama 11 bulan.
Ada sijil okeh. Sijil penyertaan disediakan bagi peserta yang memerlukan sijil contohnya penjawat awam.
Buat masa ini sudah lebih 1,000 peserta yang mendaftar.
Anda joinlah sekali.
Klik dan fahamkan kemudian baru join okeh.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy







Leave A Reply