“Kerol, lepas ni untuk budak-budak hang tak payah bayaq dah ok.”
“Tak payah bayar? Setiap bulan?”
“Ya, sebab ini ada waiver.”
Itu antara ayat yang paling lega aku dengar selepas isteri aku meninggal hari tu.
Duit caruman takaful anak-anak RM250 sebulan seorang tu aku tak payah bayar lagi sebab polisi yang wife aku ambil tu ada “waiver”.
Polisi terus berjalan dan anak-anak aku terus dilindungi sehinggalah umur diorang 25 tahun tanpa aku perlu bayar sesen pun.
20 tahun lebih aku tak perlu bayar apa-apa.
Lega wehh.
Waiver ni adalah “mengetepikan” kata Kamus Dewan yang aku tengok tadi. Tapi kita biasa pakai “pengecualian”. Ia adalah bilamana pihak penginsurans mengecualikan pemegang polisi dari membuat pembayaran bulanan.
Gitulah lebih kurang maksud dia.
Dalam takaful atau insurans, ada waiver untuk pembayar (contributor) dan waiver untuk orang yang dilindungi juga.
Terma “Waiver” ni dia berfungsi bila pemegang polisi atau contributor (tukang bayar) meninggal dunia ataupun hilang upaya kekal (total permanent disability) sampai tak boleh bekerja.
Dalam kes anak-anak, tukang bayarnya adalah ibu atau bapa. Jadi kalau mak ayah meninggal atau eksiden sampai cacat atau lumpuh dan tak boleh kerja, siapalah nak bayar caruman takaful depa setiap bulan kan?
Jadi sebab tu semua produk takaful ada pilihan untuk tambah “waiver” atau pengecualian ini bila kita nak beli polisi. Harga tambahan untuk waiver ini sekitar RM10 atau RM15 sahaja sebulan, tetapi impak dia besar.
Jadi, korang yang ada ambil plan takaful tu tak kisahlah dari syarikat mana pun, cuba check balik ada waiver tak? Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau takde dan korang ada kemampuan nak tambah maka contact balik ejen dan minta nasihat.
Sekian.
Ehh, lupa pulak. Yang nak ambil medical card untuk anak pm saya okeh.







Leave A Reply