Jadi Superdaddy di hujung minggu atau hari cuti adalah sangat memenatkan. Dia punya stress dan penat tu dah macam 12 kali ganda.
Selalunya kalau hari biasa selepas hantar anak-anak ke tadika terus lega. Ada masa untuk segalanya sekitar 9 jam. Boleh makan minum dengan tenang, boleh bekerja, boleh selesaikan urusan itu dan ini.
Kalau hujung minggu maka jangan haraplah. Nak mandi, makan dan solat pun perlu pandai curi masa atau ada “gameplan” dia, apatah lagi nak berak.
Sukar woihh.
Mula-mula dulu ingat waktu hujung minggulah nak mengemas rumah, laundry, masak best-best dan sebagainya. Rupanya hujung minggu ni tak boleh nak buat apa.
Macam-macam kerenah dari yang kecil sampai yang besar. Baru nak pegang kuali ada yang meraung. Baru sumbat baju dalam mesin basuh ada yang menangis. Baru pegang vakum dah ada yang berak pula.
Baby Khaleed paling sukar sebab tak nak berenggang. Abang-abang pula asyik bergaduh. Jadi kalau saya tengah buat sesuatu maka ianya tak akan selesai dan dengan gangguan begitu boleh tambah stress dan takut amarah pula datang.
Sebaiknya saya duduk dan rilek-rilek sahaja dengan hero-hero ni.
Setelah hampir 2 bulan berlalu, saya dah boleh aturkan masa dan uruskan segala. Saya dah tahu segala timing yang sesuai.
Saya sedar yang hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuk saya bermalas-malas sahaja dengan anak-anak. Jadi semua benda saya perlu siapkan dan sediakan sebelum hujung minggu.
Jadi hari Jumaat biasanya saya bercuti dan segala urusan rumahtangga saya siapkan dan selesaikan. Vakum, mop, laundry, kemas, susun, atur, buang dan sebagainya.
Hari Sabtu, selepas breakfast bolehlah golek-golek depan tv dengan diorang sambil up status kat FB.
Begitulah.







Leave A Reply