• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Woman’s Sixth Sense

04/04/2019

Mak terbang datang semalam, nak tolong tengokkan cucunya yang tak sihat tu.

“Mak, nanti kalau free minta tolong carikan kunci kereta abang na.  Dah puas cari merata, tapi tak jumpa jugak.”

“Macamana rupa kunci tu?”

Saya pun Google gambar kunci kereta saya dan tunjukkan pada emak sambil ceritakan sejarah kehilangannya, saspek utamanya berserta tempat yang telah saya jelajah untuk mencarinya.

Dia mengangguk.  Tengoklah nanti sambil-sambil lipat kain baju tu dia akan tengokkan, katanya.

Sekembalinya saya petang tadi emak tengah goreng ikan pekasam.  MashaAllah, macam tahu sahaja saya tak sempat lunch tengah hari tadi.

Saya pun laju jer ambik pinggan nak ceduk nasi.

“Nah kuncinya.”

Selamba jer dia hulur kunci kereta saya yang hilang lebih 6 hari dah tu.  Terkujat keseronokan saya jadinya.  Senang sungguh dia cari.  Katanya dia cari tak sampai 10 minit pun.

Rupanya saspek utama telah sembunyikan dalm kotak berisi buku yang saya memang dah buka tengok pun, tetapi biasalah, mata orang lelaki ni letak kat lutut gamaknya.

Saya kalau cari barang hilang susah sangat nak berjumpa tak macam arwah isteri saya dulu.  Saya rasa orang perempuan semuanya memang begitu, kan?

Power baqhang orang perempuan ni, terutamanya mak-mak.  Depa ada special gift yang dipakej dengan “sixth sense” atau deria keenam lagi.  Depa kalau cari benda mesti jumpa punya.  Korek rahsia pun depa sangat pandai jugak.

Jadi korang kalau ada sembunyikan apa-apa dari orang perempuan terutamanya isteri, bersiap sedialah kalau dia mula mencari.

Pasti jumpa punya.

Pasti.

#diarisuperdaddy

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved