Siapa sangka, kota Rome yang berdiri gah satu ketika dulu dengan Empayar yang merangkumi hampir separuh dunia kini tiba-tiba di dominasi oleh warga Bangladesh dan juga Sri Lanka.
Mereka mendominasi hampir keseluruhan perniagaan kecil jalanan seperti gerai cenderahati, makanan dan minuman, aksesori telefon dan kamera dan juga di sektor perhotelan dan juga pembuatan. Paling ketara sudah tentulah mereka yang berniaga “monopod”, “bluetooth trigger” untuk kamera dan juga “powerbank”. Warga Afrika pula mendominasi penjualan barangan tiruan seperti beg tangan berjenama, pakaian, kasut dan sebagainya. Barangan ini dan juga aksesori telefon dan kamera tersebut dijaja hampir di kesemua pusat tumpuan pelancongan utama.
Kadang kala kehadiran mereka ini berserta gerai kecil sementara tersebut telah menenggelamkan objek atau tugu atau monumen yang penting untuk kita bergambar. Habis disekeliling monumen tersebut didirikan gerai mereka.
Saya menghabiskan cuti Krismas yang lalu selama 3 hari di Rome bersama isteri dan anak. Tiada perancangan awal atau khusus untuk ke sana, semuanya di saat akhir. Memandangkan cuti krismas kalau duduk sahaja di Frankfurt ini memang sangat sunyi maka kami mengambil keputusan untuk ke Rome.
[quote]Mengembara di bumi Rome yang penuh dengan sejarah ibarat berjalan di dalam muzium yang luas dan terbuka.[/quote]
Dengan menaiki pesawat Lufthansa, kami bertolak seawal jam 7.15 pagi dan sampai di Leonardo Da Vinci Airport sejam setengah kemudiannya. Menaiki keretapi ekspress dengan bayaran €14.00 seorang kami terus ke bandar Rome. Dari stesen keretapi utama Rome yang dipanggil Termini, kami menaiki bas untuk terus ke hotel yang terletak berhampiran Pantheon, salah satu tarikan utama di Rome dengan jarakmasa perjalanan kira-kira 12 minit.
Sampai di hotel, terus berehat seketika dan selepas makan tengahari kami keluar mengembara di bumi Rome yang penuh dengan sejarah ibarat berjalan di dalam muzium yang luas dan terbuka.
Saya tidak membuat sebarang “research” terlebih dahulu tentang Rome sepertimana saya selalu lakukan ketika mengembara ke mana-mana sebelum ini. Namun, dengan berbekalkan sekeping peta yang diambil dari hotel, maka kami menjelajah empat penjuru bumi Rome selama 3 hari dengan hanya berjalan kaki. Tiada bas, tiada keretapi..cuma berjalan kaki.
[quote]Bagi saya ia merupakan bandar yang wajib anda kunjungi sekiranya bertandang ke bumi Eropah ini.[/quote]
Jarak diantara satu monumen atau tempat tarikan ke monumen yang lain adalah dekat, maka tiada keperluan untuk menaiki kenderaan awam. Dalam masa 3 hari yang anda, kami berjaya menjelajah dan melihat hampir 90% daripada apa yang ditawarkan oleh Rome termasuklah Colosseum, Pantheon, Roman Forum, Trevi Fountain, Piazza Navona, Spanish Steps, Republica dan banyak lagi termasuklah Vatican City, sebuah negara berdaulat yang paling kecil di dunia.
Sememangnya Rome adalah kota yang penuh dengan monumen peninggalan sejarah yang sangat menarik untuk dilawati. Bagi saya ia merupakan bandar yang wajib anda kunjungi sekiranya bertandang ke bumi Eropah ini.
Berikut saya kongsikan beberapa tips bagi anda yang belum pernah dan akan ke sana suatu hari nanti.
[spacer]
1. Tiket Penerbangan
Tiket boleh dicari melalui laman web Skyscanner (www.skyscanner.com) dan paling murah dari Kuala Lumpur ke Rome ialah dengan menaiki Qatar Airways yang akan transit di Doha dan seterusnya ke Rome. Harga tiket pergi balik untuk seorang dewasa adalah RM2,476.00 sahaja.
[box title=”TIPS MEMBELI TIKET PENERBANGAN” box_color=”#00a7de”]
- Antara website popular utk mencari tiket murah ialah Skyscanner.com, Kayak.com, Momondo.com, Airfarewatchdog.com
- Sentiasa gunakan website untuk carian tiket ketika orang lain sedang tidur bagi mendapatkan tawaran harga yang lebih baik. Kalau sudah selesai menggunakannya atau perlu membuat carian lagi, sila “clear cache” browser anda bagi mengelakkan anda diberi harga yang semakin mahal dari sebelumnya.
- Orang Itali ni kurang “friendly” sikit jadi bersedialah menghadapi sebarang drama di airport sekiranya anda menghadapi sebarang masalah.
- Sentiasa sediakan atau cetak tiket balik dan alamat hotel penginapan untuk diperiksa oleh imigresen ketika ketibaan. Elok juga kalau anda beli travel insurans kerana kadang kala ia juga turut diminta. [/box]
Tips penting jika anda terbang bersama bayi berusia kurang 2 tahun. Baca di sini.
[spacer]
2. Pengangkutan dari airport ke pusat bandar dan ke hotel.
Terdapat 4 jenis pengangkutan yang anda boleh naiki dari lapangan terbang ke pusat bandar iaitu dengan menaiki
- Keretapi ekspress (32 minit perjalanan terus tanpa henti) – Tambang €14.00 seorang dewasa sehala
- Keretapi biasa (1 jam perjalanan henti-henti) – Tambang €6.00 seorang dewasa sehala
- Bas (1 jam 20 minit) – Tambang €4.00 seorang dewasa sehala
- Teksi (40 minit) – Tambang €38.00 – €40.00 sehala.
- Bas dalam bandar (dari termini ke hotel) – Tambang €1.60 seorang.
[box title=”TIPS DARI AIRPORT KE PUSAT BANDAR” box_color=”#00a7de”]
- Saya sarankan agar anda menaiki keretapi henti-henti kerana ia adalah lebih menjimatkan dan lebih mudah berbanding menaiki bas.
- Sentiasa berhati-hati di dalam kenderaan awam yang sesak kerana penyeluk saku sering mencari mangsa dalam suasana sebegitu.
- Kalau anda membawa anak kecil bersama stroller maka lebih mudah dan selesa naik keretapi ekspress (Leonardo Express)
- Tiket boleh di beli di mesin dan boleh pilih bahasa inggeris. Namun elakkan sekiranya ada orang yang datang cuba menolong kerana mereka akan meminta wang selepas memberi pertolongan.
- Tiket bas dalam bandar boleh di beli di kedai menjual suratkhabar atau rokok.[/box]
[spacer]
3. Penginapan
Lebih mudah tinggal di hotel di tengah-tengah pusat bandar Rome ini sekiranya anda mampu. Dengan harga sekitar €90.00 hingga €150.00 semalam anda boleh tinggal di hotel yang agak baik di tengah bandar. Namun, kalau inginkan penjimatan maka anda boleh tinggal di hostel dengan harga sekitar €15 semalam ataupun hotel di pinggir bandar yang memerlukan anda menaiki kenderaan awam untuk masuk ke bandar.
Kalau yang inginkan kelainan atau ingin merasa tinggal seperti orang tempatan maka bolehlah cuba tinggal di homestay dengan bayaran sekitar €45-€60 untuk 1 bilik 2 orang semalam.
[box title=”TIPS HOTEL & PENGINAPAN” box_color=”#00a7de”]
- Website untuk hotel (http://booking.com) untuk hostel (http://hostelbookers.com) untuk homestay (http://airbnb.com)
- Trivago adalah website yang bagus juga kalau anda nak cari Hotel. (Sila Klik Di sini)
- Hotel atau hostel dan juga homestay di tengah bandar Rome adalah kecil dan sempit. Jadi jangan menaruh harapan yang tinggi. Ketika membuat tempahan melalui lawamn web, sila tengok gambar, baca penerangan tentang keluasan bilik, apa yang disediakan atau tidak. Cerek air jarang disediakan di hotel – sila pastikan sebelum membuat tempahan kerana susah nanti kalau nak makan mee segera.
- Latih diri anda untuk memberi tips kepada “bellboy” hotel walaupun €1.00 atau €2.00 kerana anda bakal mendapat banyak pertolongan dari beliau seperti bertanya jalan atau arah, panduan menaiki bas, train dsb.
- Kalau tinggal di hostel yang berkongsi dengan orang lain maka pastikan barangan berharga sentiasa ada bersama anda ketika keluar.
- Sekiranya tinggal di homestay, sila kemas semula bilik atau apartment tersebut seperti anda mula-mula masuk. Jangan sepahkan rumah orang walaupun anda membayarnya.[/box]
[spacer]
4. Pemakaian
Perlu pakai atau sediakan pakaian yang sesuai apabila mengembara di negara 4 musim seperti Italy ini. Musim di Italy adalah lebih kurang sama dengan di Jerman, jadi untuk mengetahui tentang suhu dan cuaca bolehlah rujuk tulisan saya yang sebelum ini mengenai cuaca dan pakaian yang sesuai di link berikut:
[box title=”TIPS PEMAKAIAN” box_color=”#00a7de”]
- Sila sediakan pakaian yang sesuai mengikut musim ketibaan anda. Kalau di musim panas maka eloklah pakai sport shoes atau sneakers bagi keselesaan berjalan.
- Jangan pakai pakaian yang terdedah atau menjolok mata sekiranya ingin masuk ke Vatican City. Kena tutup aurat.
- Di musim sejuk atau dingin seeloknya pakailah but atau kasut yang kalis air kerana pada musim tersebut hujan dan salji sering turun. Kalau kaki anda basah maka akan “spoil” semuanya disebabkan kesejukan yang mula meresap masuk ke tubuh anda.
- Sediakan baju hujan berbentuk “poncho” yang kecil yang boleh dilipat masuk ke dalam poket atau beg.[/box]
[spacer]
5. Bersia-siar dan Menjelajah
Ada 2 cara utama untuk bersiar-siar atau menjelajah bandar Rome ini iaitu dengan berjalan kaki atau menaiki bas “Hop on Hop off” dengan bayaran antara €19 sehingga €22 untuk sehari. Terdapat 7 operato bas “HOHO” ini dan anda bolehlah pilih mengikut harga atau laluan yang ditawarkan.
Namun, bagi saya Rome boleh dijelajah dengan hanya berjalan kaki “from end to end” yakni dari hujung ke hujung dan tidak memerlukan bas. Namun bagi mereka yang tidak biasa berjalan atau mempunyai orang tua atau kurang upaya maka bas HOHO adalah pilihan terbaik anda.
[box title=”TIPS BERSIAR DAN MENJELAJAH” box_color=”#00a7de”]
- Dapatkan peta atau map dari hotel, hostel atau homestay anda. Ataupun setibanya di lapangan terbang maka carilah kaunter penerangan dan minta peta bandar.
- Sesudah check-in hotel maka ambil sedikit masa untuk plan atau rancang laluan perjalanan anda sekiranya ingin berjalan kaki. Pergi ke tempat paling jauh terlebih dahulu dan beransur-ansur kembali ke kawasan yang paling dekat.
- Tandakan tempat tarikan utama seperti Colosseum, Roman Forum, Pantheon, Republica, Spanish Step, Trevi Fountain dan rancang laluan perjalanan diantaranya di atas peta tersebut.
- Kemudian buka google map di handphone anda dan paparkan peta/map Rome dan “zoom in” supaya kelihatan seperti map yang anda tanda tadi. Kemudian cari butang “Save offline maps”. Jadi map tadi anda akan dapat lihat walaupun anda tidak mempunyai hubungan internet. Kemudian pilih setiap lokasi di atas google map dan tandakan/save lokasi tersebut. Sesudah sava maka anda akan lihat lokasi tersebut bertukar menjadi bentuk bintang. Save kesemua lokasi yang ingin anda lawati tadi.
- Apabila berjalan dan rasa kurang pasti maka anda boleh buka google map tadi di handphone anda dan klik “my location” dan seperti alat GPS yg lain, tempat anda berdiri akan ditunjukkan di atas map. Jadi anda boleh tengok dari situ arah mana anda hendak pergi. Anda boleh terus menggunakan google map tadi sebagai penunjuk arah ataupun kembali menggunakan peta biasa bagi menjimatkan bateri, kerana handphone anda juga adalah kamera.[/box]
[spacer]
6. Tiket Masuk
Ada beberapa tempat tarikan yang memerlukan anda mempuyai tiket untuk masuk dan yang paling penting adalah Colosseum dan juga Vatican Museum. Kedua-dua tempat ini memerlukan anda membeli tiket lebih awal secara online bagi mengelakkan anda beratur panjang sekitar 2-3 jam sebelum dapat masuk.
Kebanyakan tempat lain adalah terbuka dan ada juga muzium yang masuk adalah percuma.
[box title=”TIPS MEMBELI TIKET MUZIUM” box_color=”#00a7de”]
- Beli tiket secara online untuk masuk ke Vatican Museum di : http://biglietteriamusei.vatican.va dengan harga €16.00 seorang. Dengan tiket ini anda boleh masuk ke Vatican Museum dan juga Sistine Chapel
- Beli tiket kombinasi secara online untuk masuk ke dalam Colosseum, Roman forum and Palatine di: http://www.coopculture.it/en/colosseo-e-shop.cfm dengan harga €12.00 seorang dewasa.
- Sekiranya ingin membeli secara terus di lokasi, sila datang awal pagi sekitar jam 7.00 kerana selepas jam 10 pagi biasanya barisan sudah terlalu panjang.
- Boleh juga membeli melalui ejen-ejen tiket atau pemandu pelancong yang berlegar di luar Colosseum dan juga di St. Peter Square untuk masuk dengan lebih cepat dan dengan bayaran 2-3 kali ganda.[/box]
[spacer]
7. Makan Minum
Agak mudah mendapatkan makanan halal di Rome terutamanya di kawasan berdekatan Termini (Stesen utama). Terdapat kedai Turki, Morocco dan juga Asia yang menjual makanan halal. Harga makanan juga agak murah berbanding di Paris, Frankfurt, Zurich, Amsterdam dan bandar-bandar lain.
Anda juga boleh menikmati makanan laut seperti ikan bakar, seafood pasta, seafood atau mushroom pizza dan banyak lagi.
Bagi yang sukar makan atau tak lalu makan makanan orang asing maka anda perlulah membawa bekal seperti roti, biskut, nasi dan sebagainya.
[box title=”TIPS MAKAN DAN MINUM” box_color=”#00a7de”]
- Sentiasa bawa sebotol air dan minum bagi mengelakkan dehidrasi.
- Bawa bekal seperti roti, jem, pisang atau epal sekiranya ada dan sekiranya tekak anda was-was dengan makanan di luar.
- Pizza untuk seorang makan adalah berharga sekitar €5.00 – €6.00 dan antara pilihan yang ada adalah Pizza Margharita (Pizza bersama keju), Pizza Tuna, Pizza Seafood dengan harga sekitar €8.00 – €12.00
- Pasta adalah lebih sedap di Italy. Anda boleh mencuba Spaghetti Aglio-Olio ataupun Seafood. Harga sepinggan pasta adalah sekitar €7.00 – €12.00[/box]
[spacer]
8. Kebersihan Diri
Seperti yang anda sedia maklum, tiada paip air disediakan di dalam bilik air di sini. Jadi untuk mencuci, maka anda kena sentiasa bawa botol air sendiri. Selain itu di dalam setiap bilik air terutamanya di hotel anda akan terdapat satu wayar atau tali yang boleh ditarik. Harus diingat yang tali itu bukanlah tali penyidai baju tetapi sebenarnya adalah tali loceng kecemasan. Sekiranya anda menarik tali tersebut, loceng keselamatan akan berbunyi menandakan yang anda memerlukan bantuan.
[box title=”TIPS MAKAN DAN MINUM” box_color=”#00a7de”]
- Sentiasa bawa botol berisi air ataupun tisu basah untuk membersihkan diri apabila masuk ke tandas awam.
- Agak sukar mencari tandas awam di Rome, jadi sentiasa ambil peluang menggunakan tandas di restoran sekiranya anda berhenti makan.
- Kalau tidak tahan dan tidak jumpa tandas maka anda carilah restoran atau kafe yang ramai pelanggan dan masuklah tanpa rasa bersalah dan carilah tandas. biasanya tandas terletak di bahagian bawah.
- Kalau hendak flush tandas tapi tiada tali atau butang flush maka tengoklah di bahagian bawah kerana sesetengahnya menggunakan pedal kaki yg perlu dipijak. Sama juga seperti paip air di sinki.
- Kalau ada kecemasan di dalam tandas, maka tariklah tali yang tergantung dari siling tersebut.[/box]
[spacer]
9. Tips Membeli-Belah dan Cenderahati atau Aksesori
Kalau hendak membeli belah di Rome maka pergilah ke Via Nazionale sehingga sampai ke Republica. Terdapat ratusan kedai yg menjual pelbagai barangan berjenama terkenal. Mintalah “tax free” atau “tax refund”apabila membeli belah. Di Rome, anda perlu berbelanja sekitar €150 sebelum boleh diberikan tax refund. Kalau di Jerman ini, dengan berbelanja hanya €25.00 anda sudah dapat tax refund ini sekitar €3.00 iaitu sekitar 10%-11% dari nilai pembelian anda.
Cenderahati atau souvenir adalah jauh lebih murah di Italy berbanding di Jerman ini. Contohnya satu Fridge Magnet berharga €3.30 di Jerman tetapi hanya berharga €1.00 di Italy. Sehelai t-shirt cuma berharga sekitar €5.00 di Italy tetapi berharga €12.00 di Jerman.
Anda boleh tawar menawar dengan peniaga yang kebanyakannya adalah dari Bangladesh dan juga Sri Lanka. Ramai juga dari mereka yang fasih berbahasa melayu apabila anda menyatakan yang anda dari Malaysia.
Jika membeli dari “street vendor” atau penjual jalanan, sila tawar sehingga 70% dari harga diberikan dan naikkan sedikit demi sedikit. Contohnya saya membeli monopod buatan cina yang rendah mutunya ditawarkan kepada saya pada harga €15.00 dengan hanya cuma €4.00. Ketika ditawarkan untuk membeli dengan harga tersebut saya terus letakkan harga €3.00 namun tidak diberikan. Apabila saya mula beredar beliau mula mengikuti saya dan membuat tawaran lebih rendah sekitar €10.00 sehingga €8.00 namun saya tetap tidak mahu. Tetapi sebab kasihan melihat beliau bersungguh-sungguh ingin menjual maka saya naikkan harga menjadi €4.00 dan beliau bersetuju.
[box title=”TIPS MEMBELI-BELAH DAN CENDERAHATI” box_color=”#00a7de”]
- Sentiasa bawa passport bersama kerana akan diminta oleh jurujual bagi mendapatkan tax refund.
- Elakkan membeli beg tangan tiruan yang ditawarkan oleh warga Afrika, takut kalau ada serbuan polis anda turut terlibat sama.
- Beli souvernir seperti keychain, fridge magnet, t-shirt di kedai souvenir yang besar adalah lebih murah.
- Sila tawar-menawar setiap kali membeli cenderahati atau aksesori telefon/kamera dari street vendor sahaja. [/box]
[spacer]
10. Tips Keselamatan
Seperti juga di Paris, penyeluk saku turut bermaharajalela di Rome. Anda perlu sentiasa berhati-hati ketika berada di kawasan yang sesak terutamanya di dalam bas, keretapi ataupun di kawasan tumpuan pelancong.
Jangan tunjukkan yang anda adalah mangsa mudah dengan memakai banyak perhiasan, menggunakan beg yang mudah dibuka dan diseluk dan sebagainya.
[box title=”TIPS KESELAMATAN” box_color=”#00a7de”]
- Sentiasa letakkan passport, wang dan juga kad kredit anda di dalam “money belt” atau “money pouch”.
- Bagi lelaki, elakkan meletakkan wallet di poket belakang seluar anda.
- Sentiasa perhati kalau-kalau ada orang atau kumpulan mengekori anda.
- Sila jauhkan diri sekiranya ada orang datang kepada anda untuk bertanya sesuatu. Apabila dihampiri buatkan isyarat tidak tahu atau gelengkan kepala dan beredar dengan segera.
- Jangan sangkutkan beg tangan atau backpack anda di belakang kerusi apabila berhenti makan di restoran atau kafe. Letakkan di hadapan atau di celah kaki anda.
- Sekiranya ada kanak-kanak datang memberi bunga jangalah anda ambil kerana jika diambil maka ada orang dewasa yang akan datang menuntut pembayaran.
- Jika anda cuba membeli tiket di mesin, akan ada orang yang datang dan cuba membantu anda, elakkan dari menerima bantuan dan katakanlah kepadanya yang anda tahu. Jika anda membiarkan atau menerima bantuan beliau maka anda perlu membayarnya.
- Elakkan menaiki bas nombor 64 kerana laluan tersebut sangat terkenal dengan penyeluk saku.
- Elakkan berada di Termini lewat malam kerana merbahaya.
- Jangan menaiki teksi sapu atau teksi yang tidak bertanda kerana anda boleh diperas ugut oleh pemandu.
- Elakkan bergambar dengan “Gladiator” kalau anda tidak mampu membayar €5.00-€10.00 seorang. Kalau anda berlima bergambar dengan seorang “Gladiator” maka anda perlu membayar €50.00 (RM200++)[/box]
TIPS PENTING : 40 Jenis penipuan atau “scam” yang perlu anda tahu dan hindari ketika di luar negara. Sila baca DI SINI
Bagi ingin mendapatkan tips lengkap mengembara ke Eropah selama 10 hari dengan hanya RM5,800, sila baca DI SINI
[divider top=”no” style=”dotted” size=”2″ margin=”10″]
Saya check-out pada hari ketiga dan semasa menunggu untuk berlepas pulang, cadangnya hendak berjalan-jalan lagi namun sebaik menerima sms dari syarikat penerbangan mengatakan yang penerbangan pulang kami dibatalkan maka kami bergegas ke airport. Ribut salji di Frankfurt menyebabkan banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.
Kami berjaya menaiki penerbangan yang lebih awal dan selamat mendarat di Frankfurt di dalam salji tebal.
Bagi saya 3 hari pada musim sejuk dengan siang yang pendek adalah tidak cukup untuk menikmati Rome. Namun sekiranya anda datang ketika musim panas, 3 hari sudah memadai kerana anda dapat berjalan dan melihat Rome sehingga jam 10 malam.
Saya sudah ke Venice, Milan, Florence, Turin, Verona, Monza dan Pisa namun tempat tersebut tidak setara dengan Rome. Bagi saya Rome adalah sebuah muzium yang besar. Di dalamnya terdapat sejarah dan juga cinta yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Walaupun diselaputi ramai imigran yang menguasai hampir keseluruhan aktiviti perniagaan jalanan, Rome tetap bersinar dengan monumen sejarahnya yang gah dan tak tercapai dek akal memikirkan seni dan pembinaannya.
Bagi yang berpeluang ke Eropah, cubalah jejakkan kaki anda ke Rome, anda pasti tersenyum bahagia.
Bagi yang pernah ke Rome, adakah anda sependapat dengan saya?
ENTAHLAH..I dont know...but I hope so.
65 Comments
Salam Encik Khairul,
Hanya nak kepastian, saya ada tonton satu program di Nat Geo yg tunjuk bergambar dengan “Gladiator” tuh akan dikenakan bayaran €50.00 bukan €5.00.
Mungkin ada yg terbaca artikel nih dan fikir RM20 is still a reasonable price to pay for the photo opportunity:)
I have been relying on your tips as your blog to be very informative. Artikel tentang percutian Europe yg lalu banyak membantu semasa saya merancang percutian saya.
Terima kasih!
W’salam Cik Nona,
Bergambar dengan “Gladiator” tu bayaran standard yg mereka minta adalah €10-€20 (RM45 – RM90) seorang utk sekali bergambar. Kalau anda berlima maka anda diminta membayar €50.00 (RM210)
Jadi, kalau nak bergambar juga, selepas bergambar jangan tanya – terus beri €1 atau €2 dan anda akan diperli, diejek atau dimaki oleh mereka. Namun kalau bagi €5 maka mereka akan terima tanpa senyuman. Selepas hulur duit anda terus beredar.
Sdr Khairul … you have a way of writing and elaborating answers to questions that truly reflect the situation. Itu sebabnya bila ada masa saya singgah ke sini … banyak saya tertinggal rupanya … keep writing … thank you.
Saya berumor 55 tahun,berkhidmat dengan DBKL dan akan bersara bila umor mencecah 60 tahun kalau di izinkan Allah, sangat tertarik apao yang En Khairil tuliskan mengenai melancong ke Negara Eropah melaui pemanduan sendiri secara berkumpulan..terima kasih sekali lagi..sekarang baru nak bermula pasang cita cita untok …..
Sama-sama Tuan Sukor, saya doakan semoga impian tuan sukor akan tercapai nanti. Aminnn.
salam sejahtera En Khairul..jumpe lagi…
banyak sgt JANGAN, jadi seram pulak, hihi
tp perkongsian yang bagus
tq KA
Tak ler seramm, diorang baik jer..cuma menyampah ler bila ramai sangat dok keliling kita lepas tu pacak gerai sesuka hati habis tutup tempat kita nak bergambar.
Sejak saya berusia 13 tahun, selepas saya membaca sebuah buku berkaitan negara Italy, saya amat mengagumi Italy, Rome yang mengandungi pelbagai monumen bersejarah, peta negara Italy yang berbentuk kasut but dan kota Venice yang berada di bawah aras laut dengan laluan terusan yang berada di antara bangunan. Beberapa bulan lalu, selepas saya membaca buku sejarah pejuang kemerdekaan negara Libya, Muhammad Umar dari cengkaman penjajah Italy, kekaguman saya terhadap Italy jatuh menjunam walaupun sehingga kini saya masih menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Italy.
Sebegitu juga dengan Jerman yang mempunyai sejarah hitamnya tersendiri namun itu bukanlah alasan atau sebab kita tidak boleh belajar dengan Jerman kan? Begitu juga dengan Italy, untuk mengagumi kehebatan manusia maka anda kena melawat Rome 🙂
Saya doakan semoga anda akan dapat menjejakkan kaki ke bumi Rome satu hari nanti. Aminn.
Typing error “Muhammad Umar” actually is “Umar Mukhtar.”
Kegaguman semasa usia belasan tahun adalah sesuatu yang berbeza dengan kekaguman pada usia dewasa yang telah matang 🙂
Setuju 🙂
banyak dapat infor lepas baca..thanks…
Terima kasih kembali 🙂
Moga 2015 tahun lebih baik.
mmg banyak pick pockets kat rome, last time pgi roma saya rasa mcm bukan berada di rome kerana terlalu ramai warga kulit gelap berbanding orang tempatan.
Thansk for the info! Inspirasi! Kami pun ada share travel tips jugak tapi x hebat mcm ni hehe
You're most welcome. Website anda bertiga pun sangat bagus sebenarnya. I will add it in my bloglist. Can i have ur RSS Feed?
Terima kasih di atas perkongsian ini, sangat berguna kerana Rome adalah destinasi seterus kami di bulan December nanti InshaAllah.
thanks for the info bro. kami nk travel to rome juga as part of our europe trip (3org perempuan). risau bab2 keselamatan ni tp i guess tawakkal kpd Allah saja lah
Thanks for your info saya akan ke Milan,Rome,Florence,Venice pada 12 August 2015 Nanti insyaallah
terima kaseh encik khairul… rasa tak sabar nak g jumpa mak kat sana setelah berpisah 28tahun.
salam en. khairul, saya ingin tahu tentang tiket keretapi dari venice ke rome. bolehkah kita guna tiket express (venice- rome) untuk singgah di Florence (untuk ke Pisa tower) sebentar dan gunakan tiket yg sama dan sambung perjalanan ke rome?
W’salam, sekiranya anda membeli tiket full price (full flex) maka anda ada fleksibiliti untuk naik mana2 train ke destinasi anda pada bila2 masa sahaja. Contohnya tiket anda full flex dari Venice ke Rome. Apabila sampai di Florence anda stop dan nak ambil another train to Pisa. Train pergi balik ke Pisa anda kena beli tiket lain. Dari Florence anda boleh sambung perjalanan ke Rom dengan tiket yang sama.
suka!suka!banyak tips melancong!
Tq for ur info..lps baca blog u sy tertarik pulak nk ke Rome…dgn my 2 years old kid senang ke nak jalan2 di sana?…
Pn Salina,
Susah atau senang bergantung kepada orang atau individu. Bagi yg jenis adventure, tak suka merungut, tak banyak komplen inshaAllah mudah dan senang. Tapi bagi mereka yg payah maka eloklah pergi dengan mana2 travel agent..senang.
Saya bawa anak saya Khaleef yg masih kecil (10 bulan ketika itu), lebih sukar rasanya dari bawa anak yg sudah berusia 2 tahun.Kami hanya berjalan kaki di seluruh Rome sehingga ke Vatican City. Its quite an adventure.
En Khairul. Jika wanita islam bertudung boleh ke masuk Vatican
Saudara Ahmad,
Bolehhhhhhhh..takde masalah. Sister2 kat Vatican tu pun bertudung jugak 🙂
Sama-sama Ain, semoga dipermudahkan segala urusan Ain dan dapat berjumpa bonda yg dah lama terpisah tu. Kirim salam kat mak yer 🙂
Info yg berguna and bagus utk org2 yg belum pernah jejak ke sana.
Good job. Bila nk joint sama2 travel. Sekurang2 nya ada yg dah tau selok belok lagi senang ( direct to point aja).
Wah tak tahu pula kat Italy pun macam Malaysia, ade pendatang.. tapi xpasti lah dengan atau tanpa izin tuu.. anyway, very useful entry.. mmg impian nak mengembara ke Italy..
Salam En Khairul. Kalau di Rome, bagi first timer yang ada limited time contoh dalam 2 days sahaja, attraction mana yang a must see, selain daripada Colloseum? Terima kasih 🙂
Adi Luqman W'salam. Rome diibaratkan sebagai open air museum. Seluruh bandar Rome is worth visiting. Namun 2 hari adalah tidak mencukupi dan antara yg wajib dilawati adalah Colloseum, Pantheon, Palatine Hill, Roman Forum dan juga St Peter Bassilica di Vatican. Vatican adalah negara yang paling kecil di dunia terletak di dalam bandar Rome. Mesti dilawati.
saya nak tanye…flight search engine spt skyscannerr n kayak tu, reliable tak untuk booking ticket flight?
Fauzani Jamaluddin Saya hanya rekomen yang reliable. Kalau ada dalam tulisan saya maknanya bagus dan reliable.
Khairul Abdullah terima kasih for the reply…saya agak last minute nak book flight ticket disebabkan masalah2 tertentu…first timer nak try skyscanner or kayak…
Info yang sangat berguna bro… thank you very much…
Giliran kami ke Italy bulan November nanti…. huhu…
salam en khairul.
macamana pula kalau harga makanan halal di italy?
KOTA ROME…ITALY..wow… in shaa allah…mama Elly akan ke sana November ni, percutian percuma yg Elly hadiahkan untuk mama…
percutian drpd hasil kerja keras Elly dlm bisnes yg Elly ceburi…alhamdulillah…
Salam perkenalan dari Elly,
jemput singgah…
KECANTIKAN SEMULAJADI khas untuk pasangan…..
alhamdulilah..selamat balik dr rome.
dpt cover semua tempat dlm masa 2 hari 1 malam pada musim summer..
panaih yg amat..sama panaih mcm malaysia.
tq share byk info yg berguna especially part beli tiket on9.
serius xpayh q..masuk lorong ada tiket,jln ala2 diva n kibas rambut kebelakang sikit..haha..
Haha, summer memang panaih lit lit macam malaysia la 😀
tobat xmau p dh europe time summer.dh la ramai ummah depa,..
Saya dengan dgn keluarga pun berhasrat nak ke situ…..sekarang nak plan tapi bulan dec ni sejuk sangat kot….
Ya puan, bulan december sejuk beku 🙂
inshaallah saya akan ke italy 20 nov ini. terima kasih, tulisan tuan banyak membantu.
Sama-sama 🙂
Entry yang sangat informative. Salah satu dari <a href="http://www.caknavitamin.com/5-destinasi-percutian-yang-saya-impikan/>5 Destinasi Percutian Idaman Saya.</a> Thanks for sharing good info Mr Khairul. Dalam planning untuk ke sana. Insya Allah.
clear cache” browser – kat mana ye icon ni.
Kalau kat Chrome klik butang/icon atas sekali sebelah kanan berbentuk garis 3 – More tools – clear browsing data.
Untuk langkah2 lengkap, sila google how to clear browser cache.
Thanks En Khairul.
Tengah tengok2 tiket ke Milan Disember ni.
Kenapa Milan? Kenapa tidak Rome? Nothing much to see in Milan compared to Rome or Venice or Florence.
Terima Kasih banyak2 saudara. Banyak tips yang sangat berguna dikongsikan.
Sama sama dan terima kasih juga kerana membaca.
Alhamdulillah… dah selesai trip Italy… tak leh tahan ngan makanan local diorang…. terlalu banyak keju, bayam dan kentang dalam cuisine diorang…. huhu…
Bro punya info banyak membantu saya sepanjang di sana… thanx bro…
Saya nk tanye berkaitan Lufthansa Airline.Adakah flight ni ok utk long distance?ada sediakan makanan halal tak di dlm flight?
Nissa
0193584312
terima kasih atas perkongsian..veri informative…in shaa Allah akan kesana Sept ini..:)
Alhamdulillah… banyak info utk saya.. plan nak pergi dlm bulan 4 2016 ni.. pergi secara backpackers 2 org prempuan.. in sya Allah.. terima kasih utk info yang diberi ..
salam. boleh saudara beri saya pandangan yang mana lebih penjimatan sekiranya saya hendak ke rome dari paris?
Waalaikumsalam. Naik bas paling murah dan jimat.
Thanks for the info.
Thank you so much. Sgt mbantu. Planning to go to Rome probably end of this year.
Tahniah, info yg sgt berguna. Semoga usaha anda mendapat ganjaran Allah. Diharapkan lebih ramai lg yg dpt memberi info spt anda. InsyaAllah saya akan ke Rome minggu depan. Tksh
thanks for info saya akan pergi 6 dis ke Italy