Setiap kali ramadan, saya pasti terkenangkan murtabak. bagi saya murtabak ini hanya istimewa di bulan puasa, kalau makan di bulan lain rasanya tidak kena, tidak “feel” dan macam-macam tidak lagi. Kalau ke bazar ramadan, jenuh memilih gerai mana yang menjual murtabak yang paling sedap – sudah pasti yang orang ramai beratur panjang.
Malangnya saya tidak mempunyai “kelebihan” tersebut di bandar Frankfurt iniย – tiada bazar atau Param untuk dikunjungi.
Jadi, hendak makan murtabak kenalah buat sendiri dan nasib baik murtabak adalah sejenis makanan yang agak mudah dan cepat untuk disediakan.
Kalau nak puas hati, tak payah beratur panjang sebab nak makan murtabak sedap maka cubalah resepi ini.
Resepi untuk 4biji murtabak
200gm daging cincang – kalau lebih lagi sedap
1 biji kentang saiz besar dipotong dadu kecil.
1 biji bawang besar – dipotong dadu kecil
2 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun sup (celery)
3 helai daun kari
3ย biji telur
4 keping kulit popiah segera saiz paling besar (beli kat supermarket di bahagian sejuk beku)
Cara Penyediaan
1. Lembutkan kulit popiah dengan meletakkan kain lembap (tea towel) di atasnya.
2. Tumis sebahagian bawang yang telah didadu kemudian masukkan 2-3 helai daun kari dan bila dah naik bau masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak dan masukkan daging cincang.
3. Selepas daging dah kelihatan masak masukkan ubi kentang yang telah didadu bersama sedikit air.
4. Tunggu sehingga ubi empuk dan sejukkan.
5. Di dalam bekas lain – masukkan inti yang telah sejuk dan pecahkan 3ย biji telur tadi kedalamnya bersama sebahagian bawang lagi dan kacau rata.
6. Sendukkan di dalam 4 sudu besar inti ke atas kulit popiah yang sudah lembut dan lipat seperti bentuk murtabak.
7. Goreng di atas kuali leper bersama sedikit minyak sehingga keperangan.
Penyediaan Bawang Jeruk
Hiris nipis bawang besar, masukkan 5 sudu cuka makan dan sesudu gula. Tambahkan pewarna merah.
ย Hari ini 5 Ramadhan, maka saya dapatlah berbuka puasa dengan makanan kegemaran saya – murtabak daging.
Saya sangat suka murtabak, hari-hari saya boleh makan murtabak.
Anda bolehkah?
Entahlah..I dont know.









33 Comments
settle sudah rindu dendam pada murtabak ya..haha!
LW,
Ya sudahhhhh.
Menarikkk….kulit luar buat macamana?
Pn. Sarina,
Pakai kulit popiah. Cepat dan mudah ๐
beb, hang ni masak apa ja nampak sedap la.
beb, tolong email address leh dak. tahun ni julung2 kalinya aku nak hantar kat raya kat hangpa yang nun jauh di sana. selalu dapat kad dari kawan aku tu. hehehe
Aku email kat hang.
haah..memang kan..nampak sedap jer walaupun dia cakap “bodo”
Hahaha…nampak jer macam sedap..camera trick tu ๐
Saya kurang gemar murtabak… tp yang awk buat ni, betul2 nampak sedap. Nanti nk cubalah, kulit popia byk lg tak tahu nk buat apa.
Cuba Su..jangan tak cuba :)Kalau tak nanti membazir jer kulit popia tu.
yummy…the recipe looks pretty easy to follow. easy said than done hehe..
Kay,
Its actually pretty easy. You should try…really.
salam singgah,
nampak sedap…
dan rasanya mesti sedap juga tu..
MS,
Selamat datang ke blog saya. Terima kasih kerana sudi singgah. Nampak sedap tak semestinya sedap kan? Tapi alhamdulillah..sedap untuk tekak saya.
Assalamualaikum Yob Khairul,
cantik sangat, rasa tentu lagi cantik!
Wsalam Kak Yong,
Haha..rupa yang cantik tidak menjamin rasa yang sedap. Tetapi memang sedapppppp ๐
As salam Khairul,
Amboi chef ni makin menjadi2lah! hehee… Dugaan org german lg hebatkan time posa pjg! Anak buah sy pun dah pandai dah masak sikit skrg, tak lama lg makin pandailah mcm Khairul… Die skrg kat Berlin aritu dok munich… ๐
W’salam Marya,
Hahah..adat lah bila dok kat tempat orang ni kan..bila dah terpaksa, so lama-lama pandailah.
tercabar pulak rasanya sebab i langsung tak pandai buat… so i better chek ur recipe untuk cara membuat murtabak yang senang tak perlu nak tebar2 doh for kulit murtabak…
Net,
Takyah ler rasa tercabar..i bukannya pandai pun. You cubalah…sebab agak mudah nak buat ni…you boleh modified inti tu..tambah jer apa yg u rasa nak ikut selera you.
looks really yummy ๐
Rihen,
It is yummy ๐
hai KA..
buat murtabak sendiri?wah hebat
Irfa,
Tidaklah hebat…cuma bila tiada pilihan, kena belajar dan buat sendiri.
hai khai,
nampak sedap and mudah nak buat..nak try la .. =)
Hi Vie,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya dan selamat mencuba ๐
KA dah masuk dapur.. kali ni takda video ke?
Suka tgk cara KA masak.. very simple yet very clean too..
@Shamsiah Abdul Rahman Dah masuk dapur kak, tapi masih sukar untuk saya buat video dek kekangan masa: video saya tu jenis nak kena ada script dulu baru boleh shoot ๐
salam. resepi nampak senang & simple. boleh cuba ni… mohon share ye
suka pulak resepi2 yg ado dlm blog khairul ni…rase nak try dan letak kt blog..nnt sy backlink…thanks..
Terima kasih dan selamat mencuba ๐
fvret sy ni.. nk try buatlah… cuma knpius nk balut camne inti dia tu ??hehehe