• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mudah Gila Resepi Murtabak “Oversea” Ini – Wajib Cuba.

24/07/2012

Setiap kali ramadan, saya pasti terkenangkan murtabak. bagi saya murtabak ini hanya istimewa di bulan puasa, kalau makan di bulan lain rasanya tidak kena, tidak “feel” dan macam-macam tidak lagi. Kalau ke bazar ramadan, jenuh memilih gerai mana yang menjual murtabak yang paling sedap – sudah pasti yang orang ramai beratur panjang.

Malangnya saya tidak mempunyai “kelebihan” tersebut di bandar Frankfurt iniย – tiada bazar atau Param untuk dikunjungi.

Jadi, hendak makan murtabak kenalah buat sendiri dan nasib baik murtabak adalah sejenis makanan yang agak mudah dan cepat untuk disediakan.

Kalau nak puas hati, tak payah beratur panjang sebab nak makan murtabak sedap maka cubalah resepi ini.

Resepi untuk 4biji murtabak

200gm daging cincang – kalau lebih lagi sedap

1 biji kentang saiz besar dipotong dadu kecil.

1 biji bawang besar – dipotong dadu kecil

2 sudu besar rempah kari daging

1 tangkai daun sup (celery)

3 helai daun kari

3ย biji telur

4 keping kulit popiah segera saiz paling besar (beli kat supermarket di bahagian sejuk beku)

Cara Penyediaan

1. Lembutkan kulit popiah dengan meletakkan kain lembap (tea towel) di atasnya.

2. Tumis sebahagian bawang yang telah didadu kemudian masukkan 2-3 helai daun kari dan bila dah naik bau masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak dan masukkan daging cincang.

3. Selepas daging dah kelihatan masak masukkan ubi kentang yang telah didadu bersama sedikit air.

4. Tunggu sehingga ubi empuk dan sejukkan.

5. Di dalam bekas lain – masukkan inti yang telah sejuk dan pecahkan 3ย biji telur tadi kedalamnya bersama sebahagian bawang lagi dan kacau rata.

6. Sendukkan di dalam 4 sudu besar inti ke atas kulit popiah yang sudah lembut dan lipat seperti bentuk murtabak.

7. Goreng di atas kuali leper bersama sedikit minyak sehingga keperangan.

Penyediaan Bawang Jeruk

Hiris nipis bawang besar, masukkan 5 sudu cuka makan dan sesudu gula. Tambahkan pewarna merah.

ย Hari ini 5 Ramadhan, maka saya dapatlah berbuka puasa dengan makanan kegemaran saya – murtabak daging.

Saya sangat suka murtabak, hari-hari saya boleh makan murtabak.

Anda bolehkah?

Entahlah..I dont know.

cara membuat murtabakcara mudah buat murtabakgambar murtabakjuadah berbukajuadah puasajuadah ramadhankhairul's recipemertabakmurtabakmurtabak kulit popiaresepi khairulresepi murtabakresepi murtabak dagingresepi murtabak mudah dan cepat
Share

Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Mudah Untuk Lelaki
17/01/2013
Durian Crepe // Made in Germany
31/10/2012
Sup Cendawan Sedap Dan Mudah Ya Amat
25/10/2012

33 Comments


ladywindsor
25/07/2012 at 2:26 am
Login to Reply

settle sudah rindu dendam pada murtabak ya..haha!



    Khairul Abdullah
    25/07/2012 at 4:58 am
    Login to Reply

    LW,

    Ya sudahhhhh.

Sarina Saad
25/07/2012 at 2:42 am
Login to Reply

Menarikkk….kulit luar buat macamana?



    Khairul Abdullah
    25/07/2012 at 4:56 am
    Login to Reply

    Pn. Sarina,

    Pakai kulit popiah. Cepat dan mudah ๐Ÿ™‚

June Shukor
25/07/2012 at 3:46 am
Login to Reply

beb, hang ni masak apa ja nampak sedap la.

beb, tolong email address leh dak. tahun ni julung2 kalinya aku nak hantar kat raya kat hangpa yang nun jauh di sana. selalu dapat kad dari kawan aku tu. hehehe



    Khairul Abdullah
    25/07/2012 at 4:55 am
    Login to Reply

    Aku email kat hang.

    tuty zuliana
    18/02/2014 at 7:40 am
    Login to Reply

    haah..memang kan..nampak sedap jer walaupun dia cakap “bodo”

      Khairul Abdullah
      18/02/2014 at 11:12 pm

      Hahaha…nampak jer macam sedap..camera trick tu ๐Ÿ™‚

Su
25/07/2012 at 5:25 am
Login to Reply

Saya kurang gemar murtabak… tp yang awk buat ni, betul2 nampak sedap. Nanti nk cubalah, kulit popia byk lg tak tahu nk buat apa.



    Khairul Abdullah
    25/07/2012 at 1:00 pm
    Login to Reply

    Cuba Su..jangan tak cuba :)Kalau tak nanti membazir jer kulit popia tu.

Kay
26/07/2012 at 8:23 pm
Login to Reply

yummy…the recipe looks pretty easy to follow. easy said than done hehe..



    Khairul Abdullah
    27/07/2012 at 4:07 am
    Login to Reply

    Kay,

    Its actually pretty easy. You should try…really.

megasenja
26/07/2012 at 9:25 pm
Login to Reply

salam singgah,
nampak sedap…
dan rasanya mesti sedap juga tu..



    Khairul Abdullah
    27/07/2012 at 3:46 am
    Login to Reply

    MS,

    Selamat datang ke blog saya. Terima kasih kerana sudi singgah. Nampak sedap tak semestinya sedap kan? Tapi alhamdulillah..sedap untuk tekak saya.

Mohkembara
27/07/2012 at 6:18 pm
Login to Reply

Assalamualaikum Yob Khairul,
cantik sangat, rasa tentu lagi cantik!



    Khairul Abdullah
    27/07/2012 at 6:38 pm
    Login to Reply

    Wsalam Kak Yong,

    Haha..rupa yang cantik tidak menjamin rasa yang sedap. Tetapi memang sedapppppp ๐Ÿ™‚

MaryaYusof
28/07/2012 at 1:27 pm
Login to Reply

As salam Khairul,

Amboi chef ni makin menjadi2lah! hehee… Dugaan org german lg hebatkan time posa pjg! Anak buah sy pun dah pandai dah masak sikit skrg, tak lama lg makin pandailah mcm Khairul… Die skrg kat Berlin aritu dok munich… ๐Ÿ™‚



    Khairul Abdullah
    28/07/2012 at 2:03 pm
    Login to Reply

    W’salam Marya,

    Hahah..adat lah bila dok kat tempat orang ni kan..bila dah terpaksa, so lama-lama pandailah.

NenetPenne
31/07/2012 at 7:32 am
Login to Reply

tercabar pulak rasanya sebab i langsung tak pandai buat… so i better chek ur recipe untuk cara membuat murtabak yang senang tak perlu nak tebar2 doh for kulit murtabak…



    khairul abdullah
    31/07/2012 at 10:34 am
    Login to Reply

    Net,

    Takyah ler rasa tercabar..i bukannya pandai pun. You cubalah…sebab agak mudah nak buat ni…you boleh modified inti tu..tambah jer apa yg u rasa nak ikut selera you.

rihen
02/08/2012 at 11:58 am
Login to Reply

looks really yummy ๐Ÿ™‚



    Khairul Abdullah
    03/08/2012 at 12:20 pm
    Login to Reply

    Rihen,

    It is yummy ๐Ÿ™‚

irfa
14/08/2012 at 7:28 am
Login to Reply

hai KA..
buat murtabak sendiri?wah hebat



    Khairul
    14/08/2012 at 12:22 pm
    Login to Reply

    Irfa,

    Tidaklah hebat…cuma bila tiada pilihan, kena belajar dan buat sendiri.

vie
04/09/2013 at 7:18 am
Login to Reply

hai khai,

nampak sedap and mudah nak buat..nak try la .. =)



    Khairul Abdullah
    04/09/2013 at 1:39 pm
    Login to Reply

    Hi Vie,

    Terima kasih kerana mengunjungi blog saya dan selamat mencuba ๐Ÿ™‚

Shamsiah Abdul Rahman
30/06/2014 at 9:25 pm
Login to Reply

KA dah masuk dapur.. kali ni takda video ke?
Suka tgk cara KA masak.. very simple yet very clean too..



Khairul Abdullah
30/06/2014 at 10:54 pm
Login to Reply

@Shamsiah Abdul Rahman Dah masuk dapur kak, tapi masih sukar untuk saya buat video dek kekangan masa: video saya tu jenis nak kena ada script dulu baru boleh shoot ๐Ÿ™‚



fatihah salleh
01/07/2014 at 4:56 am
Login to Reply

salam. resepi nampak senang & simple. boleh cuba ni… mohon share ye



cinet
02/07/2014 at 3:25 am
Login to Reply

suka pulak resepi2 yg ado dlm blog khairul ni…rase nak try dan letak kt blog..nnt sy backlink…thanks..



    Khairul Abdullah
    02/07/2014 at 9:51 am
    Login to Reply

    Terima kasih dan selamat mencuba ๐Ÿ™‚

Anne Lee
18/06/2015 at 3:50 am
Login to Reply

fvret sy ni.. nk try buatlah… cuma knpius nk balut camne inti dia tu ??hehehe



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

ยฉ Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved