• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Asyraf Selamat Tiba di Berlin

18/06/2013

asyraf

Adik Muhammad Asyraf yang berusia kira-kira 7 bulan kini telah selamat tiba di Berlin bagi merawat penyakitnya. Beliau yang menghidap penyakit Hypoglaecymia akan menjalani rawatan di SANA Klinikum Berlin untuk beberapa hari dan kemudiaannya menjalani pembedahan di Universitätsmedizine Greifswald, di utara Germany kira-kira 3 jam perjalanan dari Berlin.

Adik Muhammad Asyraf bersama bapa dan ibu beliau, En. Zaili Dollah dan juga Pn. Rasidah dan diiringi oleh YB Wan Salman dan isterinya Pn. Faridah tiba di Frankfurt menerusi penerbangan MAS awal pagi semalam.

Ketibaan mereka disambut oleh Konsul Besar Malaysia di Frankfurt En. John K. Samuel serta pegawainya En. Nizam dan juga saya sendiri.

Segala urusan ketibaan dan pertukaran pesawat telah diatur oleh pihak konsulat dengan kerjasama pihak MAS dan juga Air Berlin. Sejurus sampai, keluarga tersebut bersama pengiring mereka dibawa bersarapan serta berehat seketika sebelum menyambung penerbangan ke Berlin kira-kira 3 jam kemudiaannya.

Keletihan jelas terpancar di wajah mereka terutama En. Zali yang tidak tidur langsung sepanjang penerbangan kerana menjaga Muhammad Asyraf. Kelihatan juga tompok-tompok bekas muntahan Asyraf di pakaian En. Zaili.

Muhammad Asyraf pula tenang dan senyap, cuma sesekali tersenyum apabila diusik.

breakfast2 breakfast

Sedang bersarapan sambil bertanyakan khabar serta perancangan perjalanan

ibu dan asyraf asyraf minum susu

sumbangan

 

group photo

Dari kiri – En. Nizam, Pn. Faridah, YB Wan Salman, Mr. John Samuel, En. Zaili, Pn. Rasidah dan saya.

departure

Sejumlah derma dari rakyat Malaysia di Jerman turut disumbangkan kepada En. Zaili bagi meringankan beban kos perbelanjaan yang diperlukan.

Pesawat Air Berlin berlepas ke Berlin pada jam 10.55 pagi dan tiba pada jam 12 tengahari.

Ketibaan mereka di ibu kota Germany itu telah disambut oleh Duta Besar Malaysia di Germany, Dato’ Ibrahim serta pegawainya En. Syaifullah. Mereka kemudiaanya di bawa ke hotel dan SANA Klinikum untuk memulakan proses rawatan.

Saya sangat gembira kerana berjaya membantu keluarga ini. Pada asalnya, hanya saya seorang yang akan menjemput dan menguruskan ketibaan mereka, namun setelah memohon bantuan dari rakan di pejabat konsulat serta turut menulis dan memohon bantuan pihak Kedutaan Malaysia di Berlin, semua pihak sudi menghulurkan bantuan serta derma dan melancarkan proses perjalanan mereka. Alhamdulillah.

Saya tidak dapat untuk turut serta ke Berlin bagi membantu dan hanya doa mengiri pemergian mereka. Saya sudah beberapa kali menelefon En. Zaili bertanyakan tentang keadaan mereka dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Saya turut bersyukur kerana En. Zaili turut diiringi oleh orang yang paling banyak membantu beliau bagi mengumpulkan dana bagi pembedahan ini iaitu YB Wan Salman yang pada asalnya tidak akan datang – namun setelah diarahkan oleh Menteri Besar Pahang supaya mengiringi keluarga ini, jadi mereka ikut serta membantu. Kos perjalanan YB dan isteri ini ditanggung oleh kerajaan negeri Pahang. Jadi saya tidak perlu risau lagi kerana urusan di Berlin dan juga Greifswald nanti dapat dibantu oleh YB Salman dan Pn. Faridah.

Insha Allah sekiranya ada perkembangan mengenai kes ini, saya akan menulis lagi.

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T.

Ameeen.

signature

adik muhammad asyrafbantuan sumbangandana rawatandana sumbangankedutaan malaysia di berlinkonsul besar malaysia frankfurtmohon bantuanpembedahan di jermanpenghidap hypoglaecymiarawatan di jermansumbangan pembedahan
Share

Blog  / Peoples  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Baby Asyraf Menjalani Pembedahan Kali Ke-3
15/08/2013
Mohon Bantu Adik Mohd Asyraf Penghidap Hypoglycemia
29/05/2013

10 Comments


eza
18/06/2013 at 11:56 am
Login to Reply

Baby Asyraf & famili..doa kami dari jauh agar semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah swt..terharu dengan rakyat Malaysia yang sangat2 prihatin walau pun dimana jua anda berada..good job KA!



    Khairul Abdullah
    19/06/2013 at 7:55 am
    Login to Reply

    Eza, terima kasih atas doa anda.

Shamsiah Abdul Rahman
18/06/2013 at 3:17 pm
Login to Reply

Semoga urusan keluarga yg terlibat serta rombongan dipermudahlan oleh-Nya.
Insya'Allah wa bi'iznillah..



    Khairul Abdullah
    19/06/2013 at 5:54 am
    Login to Reply

    Terima kasih kak.

blu4sky
19/06/2013 at 2:01 am
Login to Reply

Baby Asyraf get well soon.. semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.



    Khairul Abdullah
    19/06/2013 at 7:55 am
    Login to Reply

    Thanks Blu.

Ayu Fatarina
20/06/2013 at 11:56 am
Login to Reply

Sebak, tak dapat menahan airmata melihat baby secomel tu terpaksa melalui kesakitan sebegini.. Tapi Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaNya, semoga Allah mudahkan segala urusan baby Asraf & keluarganya.. Dan semoga Allah memudahkan juga segala urusan En Khairul & keluarga kerana berkongsi cerita ini.. Jazakallah..



m.u.l.a.n
20/06/2013 at 5:02 pm
Login to Reply

moga semua dipermudahkan & baby asyraf cepat sembuh.. sama2 kita doa..

moga Allah merahmati usaha kalian di sana..



iz
21/06/2013 at 5:23 am
Login to Reply

kemurnian hati seorang bapa, kehebatan kasih seorg ibu. tercurah jujur pada seorang anak.

‘selamat hari ibu / bapa untuk semua’



irfa
08/07/2013 at 7:37 am
Login to Reply

mendoakan kesembuhan anak itu



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved