• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Baby Asyraf Menjalani Pembedahan Kali Ke-3

15/08/2013
Baby Asyraf tidur nyenyak bersama teddy bear hadiah dari jururawat kesayangannya

Baby Asyraf tidur nyenyak bersama teddy bear hadiah dari jururawat kesayangannya

Ketika ketika semua bergembira menyambut hari raya tempohari, bayi kecil yang bernama Muhammad Asyraf masih di wad ICU bertarung nyawa. Tidak dapat dibayangkan perasaan ibu dan bapa bayi kecil ini iaitu En. Zaili Dolah dan Pn. Rasidah yang saya panggil Abg Zaili dan Kak Sidah ketika berjumpa dengan mereka pada hari raya kedua yang lalu.

Ini adalah kali kedua saya berjumpa dengan mereka – kali pertama ketika mereka mula-mula tiba di Germany di mana saya bersama rakan dan pegawai kerajaan Malaysia menyambut beliau di lapangan terbang.

Kepada sesiapa yang belum mengetahui kisah mereka boleh membacanya di sini dan disini.

Selepas mereka ke Greifswald untuk merawat Asyraf, saya cuma dapat berhubung melalui telefon. Sepanjang Ramadhan saya sering berhubung dengan mereka untuk bertanya khabar. Amat sedih bagi saya mengetahui tentang nasib mereka yang terpaksa menyambut ramadhan dengan keadaan yang sangat tidak sempurna di bumi asing ini. Malang lagi kerana bandar yang mereka duduki sekarang tidak mempunyai restoran atau kafe yang halal. Mereka sering makan roti dan sayuran sahaja.

Sehari sebelum raya saya ada menerima mesej dari Abg Zaili yang meruntun perasaan saya. Mesej beliau berbunyi begini :-

[quote]Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, Janganlah diduga kami ini berterusan, kami lemah Ya Allah..berakhirkanlah penderitaan anak kami Muhammad Asyraf di bumi yang amat asing bagi kami ini. Anak kami akan dibedah untuk kali ke-3 pada 5 Syawal ini. Mohon doa dari sahabat sekalian. Amiin [/quote]

Saya hanya mampu membalas dengan menyuruh beliau bersabar.

Jadi, pada hari raya pertama setelah selesai beraya dengan rakan-rakan di Frankfurt, saya bersama isteri dan seorang rakan mengambil keputusan untuk terus memandu ke Greifswald – kira-kira 800 kilometer ke utara Germany.

Dengan membawa bekal hidangan raya yang saya dan isteri masak pada malam sebelumnya seperti lemang, ketupat, nasi impit, kuah kacang, rendang daging, kari ayam, bihun goreng dan juga sedikit nasi.

Bertolak dari Frankfurt ketika jam sudah hampir menunjukkan pukul 3 petang. Kami tiba di Berlin selepas hampir 5 jam lebih memandu dan perjalanan ke Greifswald masih berbaki hampir 300 kilometer. Untuk terus memandu dan sampai sekitar jam 11 malam di hospital adalah dirasakan tidak sesuai. Maka kami bermalam di Berlin.

greifswaldsign

Hampir tiba di Greifswald

Keesokan pagi kami bertolak ke Griefswald dan tiba pada waktu tengahari.

[quote]Mereka tetap bersyukur, walaupun susah namun masih ada insan terutama orang Jerman yang tak dikenali menghulurkan bantuan dalam pelbagai cara yang sedikit sebanyak memudahkan urusan mereka di sana.[/quote]

Ketibaan kami disambut dengan penuh kegembiraan oleh Abg Zaili dan Kak Rasidah. Kami duduk berbual di kafeteria hospital dan Abg Zaili dan isteri rancak bercerita tentang pengalaman mereka yang sudah memasuki 2 bulan berada di bumi Germany ini. Kebanyakan cerita adalah berkaitan kesusahan yang mereka hadapi dan juga pertolongan yang diberikan oleh orang-orang asing di bandar kecil ini kepada mereka.

zailirasidah2

Abang Zaili bercerita tentang pengalaman beliau.

zailirasidah1

Kak Rasidah hanya mampu tersenyum

Greifswald_Uniklinikum_HP

Universitätklinikum Greifswald

Mereka tetap bersyukur, walaupun susah namun masih ada insan terutama orang Jerman yang tak dikenali menghulurkan bantuan dalam pelbagai cara yang sedikit sebanyak memudahkan urusan mereka di sana.

Masih teringat email pertama Abg Zaili hantar kepada saya ketika beliau mencari maklumat untuk datang ke Jerman ini – beliau sangat risau tentang penerimaan orang Jerman terhadap orang Islam apatah lagi terhadap isterinya yang memakai tudung. Namun kini kerisauan tersebut telah hilang, beliau juga kagum dengan orang Jerman yang membantu serta memberi keutamaan kepada beliau dan isteri ketika berurusan pada bulan Ramadhan yang lalu.

[quote]Ada jururawat yang sangat sayang dengan Asyraf, ada yang menangis ketika balik bercuti takut mereka tak dapat berjumpa lagi dengan Asyraf.[/quote]

Selesai bersembang dan bertukar cerita. Kami masuk ke dalam wad ICU untuk melawat Muhammad Asyraf. Mengikut kata Abg. Zali, jururawat yang menjaga Asyraf memanggilnya dengan nama baby Muhammad. Ada jururawat yang sangat sayang dengan Asyraf, ada yang menangis ketika balik bercuti takut mereka tak dapat berjumpa lagi dengan Asyraf.

asyrafroom1

Keadaan bilik yang menempatkan baby Asyraf

lifesupportmachine

Mesin-mesin yang disambungkan ke usus baby Asyraf

Abg Zaili dan isteri mula bercerita tentang keadaan serta situasi Asyraf ketika pembedahan pertama dan kedua dahulu. Mengikut kebiasaan kes-kes sebelum ini, hanya satu pembedahan sahaja diperlukan namun bagi kes Asyraf, 3 pembedahan diperlukan. Mengikut kata doktor pakar yang merawat beliau, ini adalah kes paling besar di dunia yang beliu ketahui.

asyrafpankreas

Gambarajah usus Asyraf menunjukkan bahagian yang akan dibedah

asyrafroom2

Nota yang dibuat oleh jururawat. Terjemahan asalnya “Segala-galanya akan menjadi halus” sebab terjemahan terus dari Google perkataan “fine” menjadi “halus”. Namun telah dibetulkan menjadi “bagus”

Di hari raya ke-5 nanti Asyraf akan dibedah untuk kali ke-3. Ketika ini paras glukose beliau adalah “17”, paras yang diperlukan untuk sihat seperti biasa adalah “0” atau sifar. Sekiranya anda dapat lihat di gambar, pelbagai mesin dan wayar disambungkan kepada baby Asyraf bagi memberi bekalan gula ke dalam darah dan tubuh beliau. Paras gula diberikan secara automatik oleh mesin yang mana sebelum ini ia diberikan secara manual melalui susu khas.

[quote]Ketika artikel ini ditulis, Muhammad Asyraf telah selamat menjalani pembedahan ke-3 dan masih ditempatkan di wad ICU untuk pemerhatian rapi.[/quote]

Asraf tidur nyenyak ketika kami melawatnya dan cuma terjaga setelah kami memutuskan untuk pulang. Asyraf kerap tersenyum apabila diusik.

asyraf

Kawasan bertanda bulatan merah adalah bungkusan jaringan kabel dan wayar yang disambungkan ke usus Asyraf.

Ketika artikel ini ditulis, Muhammad Asyraf telah selamat menjalani pembedahan ke-3 dan masih ditempatkan di wad ICU untuk pemerhatian rapi.

Selepas hampir 4 jam berada di Universitätmedizine Hospital Greifswald, kami memohon untuk pulang. Kesedihan mula terpancar di raut wajah mereka. Namun apakan daya jarak yang terlalu jauh memaksa kami untuk pulang lebih awal.

Namun, perkhabaran dari pihak Kedutaan Malaysia di Berlin mengatakan yang pihak mereka akan membuat lawatan pada hari raya ke-3 iaitu pada keesokan harinya. Jadi berita tersebut pasti akan menambah kegembiraan keluarga ini.

Setelah selesai mengucapkan selamat jalan, kami bertolak balik ke Berlin sekitar jam 4 petang.

Sehingga kini, saya masih kagum dengan kasih sayang seorang ibu dan bapa terhadap seorang anak. Sanggup meredah susah dan payah demi seorang anak. Sanggup berkorban nyawa dan ringgit demi seorang anak.

Jadi..hargailah ibu dan bapa kita selagi hayat mereka masih ada.

Kepada semua rakan dan pembaca blog saya ini, saya dengan rendah hati memohon bantuan rakan-rakan sekalian untuk mendoakan kesihatan Muhammad Asyraf dan juga kedua ibu bapa beliau. Semoga baby Asyraf kembali sihat dan mereka sekeluarga dapat pulang ke Malaysia secepat mungkin. Ameen.

signature

KEMASKINI:

Muhammad Asyraf telah selesai menjalani pembedahan dan pulang ke tanahair pada 4 September 2013 yang lalu. Saya sering berhubung dengan keluarga ini dan  menerima perkhabaran tentang kesihatan Asyraf dari bapanya. Alhamdulillah Asyraf kini sudah hampir pulih sepenuhnya. Terima kasih atas sumbangan wang ringgit dan doa dari semua rakyat Malaysia yang sangat prihatin. 

baby asyrafhipoglacemiahypoglaecymiakandungan gula rendahkhairulabdullahmuhammad asyrafperkembangan terkiniRasidahrawatan di jermanrawatan hypo di Jermantreatment in GermanyZaili Dolah
Share

Blog  / Health  / Lesson  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

2000km Raya Yang Tak Dirancang
14/08/2013
Baby Asyraf Selamat Menjalani Pembedahan
01/07/2013
Asyraf Selamat Tiba di Berlin
18/06/2013

23 Comments


rlim
16/08/2013 at 5:06 pm
Login to Reply

Assalamualaikum wbt … En Khairul sangat bertuah … kerana itulah sebaik baik sambutan Aidilfitri … bersama mereka yang sangat memerlukan … mudahan Allah SWT memberi kesihatan kepada adik Ashraf serta sehat tabah sabar buat ibu dan ayahnya, juga kebaikan berganda buat En Khairul, Isteri dan keluarga … ameen.



    Khairul Abdullah
    19/08/2013 at 8:53 am
    Login to Reply

    W’salam RLIM,

    Saya membantu setakat yang termampu sahaja. Saya pasti jika saudari berada di tempat saya pasti saudari akan berbuat perkara yang sama. Sama2 lah kita berdoa semoga bayi ini cepat sembuh dan diberi kekuatan kepada kedua orang tuanya bagi menghadapi dugaan ini.

blu4sky
19/08/2013 at 1:55 am
Login to Reply

this post really touches me.. ahhh pepagi dah menitis air mata.. baby ashraf, aunty doakan cepat-cepat sembuh dan sihat yer baby.. moga Allah berikan kesabaran dan kekuatan to the parents.. bless you Khairul for taking time to visit the family



    Khairul Abdullah
    19/08/2013 at 8:55 am
    Login to Reply

    Sue, I just do what i had to do. No big deals out of it. Perkhabaran dari Greifswald mengatakan yg baby ini masih di ICU dan stabil. Kita sama2 doakan kesihatan baby ini dan juga kedua ibu bapa beliau. Ameeen.

      blu4sky
      17/10/2013 at 11:37 am

      salam khairul,
      how’s baby asyraf’s progress..any news ?

        Khairul Abdullah
        17/10/2013 at 11:40 am

        Sorry sbb tak update pasal ni. Baby Asyraf sekeluarga dah balik ke Msia pada 4 Spetember lalu. Sempat bermalam selama 2 malam di rumah saya sebelum berangkat pulang.

irfa
19/08/2013 at 4:06 am
Login to Reply

salam KA..
salam syawal 🙂
alhamdulillah mereka di perrtemukan dgn org yg baik macam KA dan isteri
baby tu nampak macam sihat kan?tembam lagi
kuat semangat dia untuk sihat mcm kanak2 normal
semoga kedua ibubapanya tabah



    Khairul Abdullah
    19/08/2013 at 8:57 am
    Login to Reply

    Salam Irfa,

    BAby tu pada zahirnya nampak sihat dan tembab disebabkan hormon yg diberikan. Nampak rambutnya lebat dan berbulu di bahagian dahi..itu juga disebabkan hormon. Ketika lahir dan berusia 2 bulan baby ini normal seperti baby lain. Namun dah nasib baby ini dan keluarga diberikan ujian oleh ALLAH SWT.

    Kita doakanlah kesihatan mereka sekeluarga yer.

mulan
20/08/2013 at 4:45 am
Login to Reply

moga kekal tabah & teguh iman ibubapa asyraf…

moga dirahmati & dimurahkan rezeki sentiasa utk mereka yg sentiasa membantu…



    Khairul Abdullah
    20/08/2013 at 8:40 am
    Login to Reply

    Terima kasih Mulan. Semoga diperkenankan olehNya. Ameeen.

su
21/08/2013 at 6:31 am
Login to Reply

Semoga baby asyraf cepat sihat dan semoga dipermudahkan urusan ibu bapanya.

Khairul dan iseri, sangat baik kalian berdua menghulurkan bantuan mana yang terdaya. Semoga diberkati.



    Khairul Abdullah
    21/08/2013 at 9:51 am
    Login to Reply

    Kami cuma membantu setakat termampu. Terima kasih Su.

nanie
05/09/2013 at 7:59 am
Login to Reply

khairul, bagaimana perkembangan baby asyraf skrg??



    Khairul Abdullah
    05/09/2013 at 9:53 am
    Login to Reply

    Nanie,

    Baby Asyraf telah selamat pulang ke tanahair semalam. Harap maaf tak sempat nak update sebab sibuk.

nanie
09/09/2013 at 9:33 am
Login to Reply

bagaimana keadaan dia skrg? adakah dia masih memerlukan sumbangan org ramai utk menampung kos perubatan disini??



    Khairul Abdullah
    09/09/2013 at 6:08 pm
    Login to Reply

    Nanie,

    Harap maaf kerana saya tidak tahu perkembangan baby asyraf setelah mereka selamat pulang ke tanahair kerana belum sempat berhubung. Jadi saya tidak tahu samada mereka masih memerlukan bantuan atau tidak. Harap maaf.

nanie
10/09/2013 at 1:26 pm
Login to Reply

ok, thanks..



fadzilahazman
12/09/2013 at 6:06 pm
Login to Reply

salam..baru dpt melawat blog KA, menitis air mata mbaca n melihat keadaan bb tu..terbygkan mcm mana kalo terjadi pd anak saya…
sy berdoa semoga ALLAH sembuhkan sakit, ringankan beban anak dan kedua ibu bapanya…amin~



    Khairul Abdullah
    17/09/2013 at 4:45 pm
    Login to Reply

    Aminnn…..mudah-mudahan dimakbulkan.

nanie
21/11/2013 at 10:01 am
Login to Reply

ada citer terbaru psl baby asyraf??



    Khairul Abdullah
    21/11/2013 at 10:05 am
    Login to Reply

    Nanie,

    Alhamdulillah Baby Asyraf sekarang dah hampir pulih. Baru berhubung dengan ibu bapa beliau minggu lepas dan semuanya ok. Terima kasih atas perhatian dan keprihatinan saudari.

    TQ.

Mr.Goji
31/10/2014 at 2:41 am
Login to Reply

Ada perkembangan terbaru ke baby Asyraf ni? Walau cerita ni saya pernah baca sebelum ini, namun tidak dapat tidak, setiap kali membaca entry ini, hati tersetik sedih.

Harap dapatlah di hubungi ibu bapa Baby Asyraf untuk kita tau perkembangan adik ini. Sesungguhnya dia insan istimewa, dan anda juga KA keluarga yg di rahmati Allah swt.. kerana tidak mengira masa dan tenaga serta wang ringgit untuk membantu insan yang lain. Saya doakan dgn ikhlas hati agar kehidupan anda sekeluarga di permudahkan dan di murahkan rezeki agar dapat terus membantu lagi ramai saudara-saudara kita yg bakal memerlukan…

Kita perlu lebih ramai KA.



    Khairul Abdullah
    01/11/2014 at 12:36 am
    Login to Reply

    Mr Goji,

    Terima kasih yang tak terhingga kerana mendoakan kebahagiaan saya sekeluarga. Semoga kehidupan tuan sekeluarga juga sentiasa dilimpahi rahmatNya.

    Untuk pengetahuan tuan, adik Asyraf kini sudah sihat sepenuhnya dan sudah pandai berlari. Saya sentiasa berhubung dengan keluarganya untuk bertanya khabar. Alhamdulillah mereka sekeluarga baik-baik sahaja.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved