
Saya baru selesai berbual dengan En. Zaili Dollah, bapa kepada Muhammad Asyraf yang menghidap penyakit Hypoglaecymia yg kini sedang berada di Greifswald Germany.
Setelah hampir 2 minggu lebih tiba di Jerman, akhirnya Muhammad Asyraf telah menjalani pembedahan tengahari tadi (Isnin, 1hb Julai 2013) dan kini telahpun selesai. Mengikut kata doktor yang melakukan pembedahan tersebut, baby Asyraf mempunyai TFND (Transient focal neurologic deficits) yang paling besar pernah ditemui dan dikeluarkan oleh beliau di dalam sejarahnya merawat penyakit Hypoglaecymia.
Muhammad Asyraf kini di dalam perhatian khas selama seminggu di ICU dan mungkin beberapa minggu lagi masa diperlukan untuk sembuh sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia yang dijangka sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sama-samalah kita doakan semoga Muhammad Asyraf cepat sembuh.
Kepada semua yang menderma dan mendoakan kesihatan baby Asyraf, saya bagi pihak En. Zaili sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih.
![]()







6 Comments
Bi’iznillah.. semoga yang baik2 sahaja untuk Baby Asyraf.
Semoga diperkenankan. Aminnn.
alhamdulillah….be strong baby asyraf!
As salam KA,
Semoga baby Asyraf cepat sembuh… syafakallah…
Alhamdulilah telah selamat menjalani pembedahan. Moga baby Asyraf cepat sembuh yea. Boleh saya dapat kan maklumat dimana mereka tinggal sepanjang mereka di Berlin? boleh email saya..
Untuk makluman, mereka sekeluarga kini tinggal di hospital, bukan di Berlin yer tetapi di Greifswald. Kalau tuan ingin melawat mereka boleh ke Hospital Universitätmedizine, Greifswald.