• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Salam Aidilfitri Dan Ceritera Raya 2013

06/08/2013

kadraya2013-feat

Alkisah ceritera raya 2012 berulang kembali.

Tiadalah cerita yang semenggah untuk disampaikan. Tiada kesibukan persiapan untuk menyambut aidilfitri.  Tiada dentuman meriam buluh atau letupan manja mercun pop-pop maupun kilauan sinar bunga api cap kucing hatta bunga api sembur yang keluar asap yang sungguh banyak.

Tiada hiruk pikuk atau keriuhan suara anak saudara, adik beradik, abah, emak maupun kucing yang beranak lima kat dapur tu. Tiada jamuan berbuka besar-besaran dan tiada juga sessi membakar lemang sambil bergossip bersama kawan-kawan lama.

[quote]dan berceritalah tentang – politik, orang kampung, siapa yang sudah tiada, siapa yang sakit, siapa yang dah bercicit, siapa yang bermenantu orang kaya, siapa yang kena tangkap masuk jel, siapa yang lompat parti hatta siapa yang dah beristeri baru.[/quote]

Tiada aktiviti mengilatkan kereta, sambil membezakan sport rim siapa yang paling best, ekzos siapa yang paling besar, “sound system” siapa yang paling “cool”, speaker siapa yang paling meletup, model mana yang paling jimat minyak,  dan kereta siapa yang paling laju serta siapakah yang paling dapat banyak saman.

Tiada lagi sessi berborak sampai lewat pagi bersama pakcik sebelah rumah sambil menghisap rokok daun bersama secawan kopi kampung dan berceritalah tentang – politik, orang kampung, siapa yang sudah tiada, siapa yang sakit, siapa yang dah bercicit, siapa yang bermenantu orang kaya, siapa yang kena tangkap masuk jel, siapa yang lompat parti hatta siapa yang dah beristeri baru.

Tiada lagi kesibukan di pagi syawal, berebut atau menunggu giliran untuk ke bilik air, tiada lagi yang terpaksa dikejutkan berulang-ulang kali, tiada lagi suara emak membebel supaya cepat….nak ke masjid takut nanti dah penuh dan terpaksa sembahyang di luar. Abah biasanya bersendirian ke masjid menaiki motorsikal, senang nak parking, kereta dia adik-adik yang akan bawak. Emak biasanya pergi bersama saya. Tahun lepas dan tahun ini mungkin emak pergi bersama abah atau mungkin dengan menantunya yang berkereta baru.

Tiada lagi sessi bersalam-salaman bersama rakan-rakan lama di masjid dan jemputan supaya datang ke rumah. Tiada lagi barisan di ruang tamu bergilir-gilir mengucup tangan emak dan abah memohon ampun dan maaf mintak dihalalkan segalanya dengan linangan airmata keinsafan dan penuh kasih sayang..diakhiri dengan kucupan dipipi oleh emak dan didahi oleh abah. Seterusya bergilir pula adik-adik yang lain memohon maaf kepada abang serta kakak yang lebih tua.

Tiada lagi kekecohan untuk pergi beraya – ke mana dulu?, pukul berapa? hari ini ke? esok sajalah. Esok tak boleh..sebab nak ke sana pulak..dan sebagainya…dan yang pastinya pukul 10 atau 11 malam baru sampai balik ke rumah. Dan begitulah seterusnya untuk beberapa hari sehingga masing-masing pulang ke ibu kota.

Apa yang ada?

ENTAHLAH..I Dont Know. Belum lagi difikirkan atau dirancang.

kadraya2013

Yang pastinya, dikesempatan ini saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang saya menulis di sini ada perkataan saya yang membuatkan anda tersinggung dan terasa hati.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa lebih kebahagiaan kepada kita semua. Aminnn.

signature

beraya di luar negaracerita rayanostalgia rayaraya di jermanraya di perantauan
Share

Blog  / Events  / Lifestyle  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

2000km Raya Yang Tak Dirancang
14/08/2013
Ceritera Raya 2012
27/08/2012
Salam Aidilfitri Dari Perantauan
15/08/2012

12 Comments


blu4sky
06/08/2013 at 2:42 pm
Login to Reply

Salam Eidulfitri Khairul..semoga kita masih diizinkan untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan..
p/s: jgn sedih-sedih..at least you hv your wife within you 🙂
compare to students..klu kena raya time exam..lagi sadis :p



    Khairul Abdullah
    06/08/2013 at 5:49 pm
    Login to Reply

    Terima kasih Sue. Salam Aidilfitri juga buat Sue sekeluarga.

    p/s: Sedih tu tidak..syahdu jer 🙂

Iza
09/08/2013 at 12:36 pm
Login to Reply

Selamat hari raya , khairul. Tak pe next time bole balik Msia ye.



    Khairul Abdullah
    12/08/2013 at 8:43 am
    Login to Reply

    Insha Allah tahun depan saya pasti balik 🙂

Asmahan
10/08/2013 at 11:29 am
Login to Reply

Selamat hari raya..maaf zahir batin..Moga kita dapat jumpa lagi..



    Khairul Abdullah
    12/08/2013 at 8:44 am
    Login to Reply

    Selamat Hari Raya juga dan InshaAllah mudah-mudahan 🙂

Wan Fauzi™
11/08/2013 at 12:15 am
Login to Reply

selamat hari raya aidlifitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat…



    Khairul Abdullah
    12/08/2013 at 8:44 am
    Login to Reply

    Terima kasih dan Selamat Hari Raya juga buat Wan Fauzi.

irfa
19/08/2013 at 4:14 am
Login to Reply

raya kali ini amat istimewa bg saya wpun suami x dpt raya sama,huhu
seronoknya sbb sy dpt cuti raya lama 🙂
rasa macam kembali ke zaman kanak2 bila pepagi dah berebut nak mandi
minta maaf ye salah silap selama mengomen kat blog KA



    Khairul Abdullah
    19/08/2013 at 9:04 am
    Login to Reply

    Tu lah, bila baca pasal raya Irfa tertanya jugak mulanya kenapa balik raya dengan adik bukan dengan suami. Apa2 pun asalkan raya tu bahagia dan meriah maka Alhamdulillah 🙂

    Saya juga pohon maaf andai kata ada komen2 saya di blog Irfa yang salah dan juga silap.

Emma Aman Shah
03/09/2013 at 11:16 am
Login to Reply

Bukan tiada lagi.. It sounds so final. Cuma tidak untuk kali ini. InsyaAllah. Peluang akan ada, cuma berbentuk yang lain. Walaupun agak lewat, saya ucapkan juga Salaam EidlFitri kepada En Khairul 🙂 I enjoy following your blog, when I have the time



    Khairul Abdullah
    09/09/2013 at 5:53 pm
    Login to Reply

    Emma,

    Aah lah kan..macam dah takkan ada lagi pulak bunyinya 🙂 Terima kasih kerana membaca blog saya.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved