• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Ceritera Raya 2012

27/08/2012

Alkisah…

Tiadalah cerita yang semenggah untuk disampaikan. Tiada kesibukan persiapan untuk menyambut aidilfitri.  Tiada dentuman meriam buluh atau letupan manja mercun pop-pop maupun kilauan sinar bunga api cap kucing hatta bunga api sembur yang keluar asap yang sungguh banyak.

Tiada hiruk pikuk atau keriuhan suara anak saudara, adik beradik, abah, emak maupun kucing yang beranak lima kat dapur tu. Tiada jamuan berbuka besar-besaran dan tiada juga sessi membakar lemang sambil bergossip bersama kawan-kawan lama.

Tiada aktiviti mengilatkan kereta, sambil membezakan sport rim siapa yang paling best, ekzos siapa yang paling besar, “sound system” siapa yang paling “cool”, speaker siapa yang paling meletup, model mana yang paling jimat minyak,  dan kereta siapa yang paling laju serta siapakah yang paling dapat banyak saman.

Tiada lagi sessi berborak sampai lewat pagi bersama pakcik sebelah rumah sambil menghisap rokok daun bersama secawan kopi kampung dan berceritalah tentang – politik, orang kampung, siapa yang sudah tiada, siapa yang sakit, siapa yang dah bercicit, siapa yang bermenantu orang kaya, siapa yang kena tangkap masuk jel, siapa yang lompat parti hatta siapa yang dah beristeri baru.

Tiada lagi kesibukan di pagi syawal, berebut atau menunggu giliran untuk ke bilik air, tiada lagi yang terpaksa dikejutkan berulang-ulang kali, tiada lagi suara emak membebel supaya cepat….nak ke masjid takut nanti dah penuh dan terpaksa sembahyang di luar. Abah biasanya bersendirian ke masjid menaiki motorsikal, senang nak parking, kereta dia adik-adik yang akan bawak. Emak biasanya pergi bersama saya. Tahun lepas dan tahun ini mungkin emak pergi bersama abah atau mungkin dengan menantunya yang berkereta baru.

Tiada lagi sessi bersalam-salaman bersama rakan-rakan lama di masjid dan jemputan supaya datang ke rumah. Tiada lagi barisan di ruang tamu bergilir-gilir mengucup tangan emak dan abah memohon ampun dan maaf mintak dihalalkan segalanya dengan linangan airmata keinsafan dan penuh kasih sayang..diakhiri dengan kucupan dipipi oleh emak dan didahi oleh abah. Seterusya bergilir pula adik-adik yang lain memohon maaf kepada abang serta kakak yang lebih tua.

Tiada lagi kekecohan untuk pergi beraya – ke mana dulu?, pukul berapa? hari ini ke? esok sajalah. Esok tak boleh..sebab nak ke sana pulak..dan sebagainya…dan yang pastinya pukul 10 atau 11 malam baru sampai balik ke rumah. Dan begitulah seterusnya untuk beberapa hari sehingga masing-masing pulang ke ibu kota.

Apa yang ada?

Tidak semeriah di tahun lepas di mana masih ramai rakyat Malaysia di Frankfurt. Tahun ini ramai yang pulang bercuti raya di kampung dan ramai juga yang sudah pulang terus ke tanahair. Sambutan raya di Pejabat Konsul Besar dihadiri lebih kurang 40 orang dengan pelbagai juadah raya “pot luck”.

Sebelah petangnya menghadiri jemputan di rumah salah seorang pegawai kerajaan yang bertugas di sini. Dan begitu juga di hari raya kedua, menghadiri jemputan rumah terbuka  di sebelah petangnya.

Dan itu sajalah hari raya…dah habis.

pengalam raya di luar negarapengalaman raya di perantauanraya di jerman
Share

Blog  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

2000km Raya Yang Tak Dirancang
14/08/2013
Salam Aidilfitri Dan Ceritera Raya 2013
06/08/2013
Salam Aidilfitri Dari Perantauan
15/08/2012

16 Comments


tips
28/08/2012 at 1:44 am
Login to Reply

Salam Aidil Fitri dari Malaysia. cewah!

Jalan Raja Laut tengah jammed, gerimis pagi ni. Peserta kawad perbarisan Merdeka sedang bersiap-siaga nak rehearsal.. jatuh cinta kat pasukan beruniform-untuk seketika.. (>.<)



    Khairul
    28/08/2012 at 10:15 am
    Login to Reply

    Tips,

    Salam Aidilfitri dari Jerman :). Perbarisan merdeka buat kat dataran yer? Jatuh cinta kat pasukan beruniform ker kat abg beruniform tu? yang kaler hijau ke? putih ke? merah ke? biru ke?

ladywindsor
28/08/2012 at 1:00 pm
Login to Reply

Salam..hari ni gi raya mana? Banyak sungguh perkataan ‘tiada’ dalam entry ceritera raya tu ya, next year kena tukar kepada ‘ada’..nanti saya pakat2 dengan Net pi raya sana supaya ada nasi impit kuah kacang, ada bunga api kucing, ada kek butter sempoi, ada ketupat palas dan ada kecoh-kecoh sikit:) Ke tahun depan balik raya kat Malaysia? O ya meh datang Windsor Ahad ni…nak makan apa cakap jer!



    Khairul
    28/08/2012 at 4:26 pm
    Login to Reply

    LW,

    Wsalam…raya tak ke mana pun. Hahaha..memang banyak yang tiada…insyaAllah tahun depan semua ada sebab nak balik raya kat Malaysia..yaayyyy.

    Terima kasih ler atas jemputan ke Windsor yer…tahun depan lah jemput sekali lagi. 🙂

Su
30/08/2012 at 10:03 am
Login to Reply

Banyak yg tiada nampaknya.. disana, tapi mungkin disini berjalan macam biasa. Sabar… tahun depan tu tak lama, pejam celik pejam celik, dah bertemu Ramadhan lagi.. Insya Allah. 🙂



    Khairul
    30/08/2012 at 10:21 am
    Login to Reply

    Su,

    Di malaysia pasti semuanya ada kan?..bersyukurlah. Saya pun tahun depan nak balik raya..nak pastikan semuanya ada 🙂

aishahkay
31/08/2012 at 1:16 am
Login to Reply

Salam,
Ada kawan saya di Frankfurt juga. Kenal mungkin. He works for government. Khairul Nizam namanya.



    khairul
    01/09/2012 at 1:07 am
    Login to Reply

    Wsalam aishah.

    Yer betul, beliau adalah partner badminton saya di sini.

maryayusof
01/09/2012 at 12:58 am
Login to Reply

Eh, samalah! Calit sikit! 🙂

*Tetap touching bila dgr lagu raya apantah lagi takbir raya! huwaaa…



    khairul
    01/09/2012 at 1:11 am
    Login to Reply

    Pn. Marya,

    Betul tu..perkara lain tak berapa kisah sangat. Tapi bila dengar lagu raya n takbir…touching sungguhhhh.

nenetBurberry
01/09/2012 at 3:54 am
Login to Reply

tahun depan dah mak beraya kat malaysia dah? tak sempat lah i dan LW nak merasa beraya di rantau orang….



    Khairul Abdullah
    01/09/2012 at 10:19 am
    Login to Reply

    Tahun2 lain kat banyak lagi..:)

NenetPenne
01/09/2012 at 3:56 am
Login to Reply

rasanya dah komen kat sini..hilang?



    Khairul Abdullah
    01/09/2012 at 9:41 am
    Login to Reply

    Eh..ye ke? tak pasti lah pulak. (Baru check tadi rupanya masuk dalam spam box)

NenetPenne
01/09/2012 at 3:56 am
Login to Reply

nampak gayanya tak dapatlah i dgn LW nak beraya kat german next year….



    Khairul Abdullah
    01/09/2012 at 9:42 am
    Login to Reply

    Haha..tahun lagi satu lah.. 🙂

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved