• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Salam Aidilfitri Dari Perantauan

15/08/2012

Syawal dah hampir tiba.

Hati dan fikiran tertumpu kat kampung halaman. “Last minute shopping” adalah paling best sekarang ni. “Mood” untuk bekerja dah hilang. Apatah lagi apabila mendengar lagu raya yang kerap berkumandang di radio. Boleh jer pasang cd atau mp3..tetapi tidak “thrill” seperti mendengar di radio (kerana anda tidak tahu lagu yang bakal diputarkan) membuatkannya lebih seronok.

Tapi itu semua kalau di Malaysia, terutama di Shah Alam.

Tak sabar nak balik ke Kedah. Nak sibuk-sibuk cari buluh untuk dibuat lemang, nak main meriam, nak main mercun (walaupun dah tua tetapi excitment untuk bermain semua tu tetap membara).

Tetapi..tahun ini saya akan menyambutnya di sini lagi.

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf andaikata ada kesalahan dan kesilapan dan mungkin ada yang menyinggung perasaan sesiapa sepanjang saya menulis atau membalas komen di blog ini atau di blog sesiapa sahaja.

Semoga anda semua berbahagia di Aidilfitri ini bersama keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

kad rayaraya di jermanraya di perantauansalam aidilfitriselamat hari raya dari jerman
Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

2000km Raya Yang Tak Dirancang
14/08/2013
Salam Aidilfitri Dan Ceritera Raya 2013
06/08/2013
Ceritera Raya 2012
27/08/2012

18 Comments


tips
16/08/2012 at 1:16 am
Login to Reply

jangan nanges raya di sana ye.. (>.<)

*cantik tulisan khat tu..



    Khairul Abdullah
    16/08/2012 at 11:10 am
    Login to Reply

    Tips,

    Ish dah biasa lah. Takde apa sangat nak nangis n sedih2 pasal raya ni. Cuma rindu famili dan kampung halaman jer.
    Cantik yer? terima kasih.

Mokcik syimama ni
16/08/2012 at 9:32 am
Login to Reply

Walau dimanapun raya tetap disambut. Semoga bergembira penuh keberkatan.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN



    Khairul Abdullah
    16/08/2012 at 11:18 am
    Login to Reply

    MOKCIK Syimama,

    Betul..bumi ALLAH yang maha luas..sambutlah di mana sekalipun. Saya tetap bersyukur dan bergembira.
    Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin utk kakak sekeluarga.

Marya Yusof
16/08/2012 at 4:42 pm
Login to Reply

As salam Perantau German!

Tak balik juga ke… Alahai… samalah kita…calit sikit! hehehe 😉

Tapi time raya ni mmg lebih rasa “feel” & “trill” kan dgr lagu raya…huhuu… Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin… Dari dulu nak tanya En Khairul bekerja ke di sana? Moga kita semua tabah dgn cabaran masing2 ye! Take care 😉



    Khairul Abdullah
    17/08/2012 at 10:46 am
    Login to Reply

    W’salam Marya,

    Hahah…calit sama “high five” sekali. Ye saya bekerja di sini. Selamat Hari Raya untuk Marya dan keluarga nun jauh di Peru.

June Shukor
17/08/2012 at 5:50 am
Login to Reply

beb, samalah… selamat hari raya & mohon maaf zahir & batin. hopefully tahun depan kita leh jumpak 🙂



    Khairul Abdullah
    17/08/2012 at 10:30 am
    Login to Reply

    June,

    Okeh tahun depan yer. Kirim salam Kiki, Kimi and Laili. Selamat HAri Raya..Maaf Zahir n Batin

ladywindsor
17/08/2012 at 11:30 am
Login to Reply

Lusa nak raya dah kan, ketupat palas ada? Rendang, nasi impit, kuah kacang ada? Hehehe:)…saja ja usik! Okeh selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.



    Khairul
    17/08/2012 at 11:53 am
    Login to Reply

    LW,

    Ketupat rendang nasi impit kuah kacang semuanya belum ada..Esok nak ekspress buat semua tu :). Selamat hari raya, maaf zahir batin utk cik shaha juga..semoga berbahagia di lebaran ini.

Nenetpenne
23/08/2012 at 4:22 am
Login to Reply

Selamat hari raya aidilfitri…i kat kampung and internet line sangatlah slownya…



    Khairul Abdullah
    23/08/2012 at 9:34 am
    Login to Reply

    Net,

    Patutler sunyi sepi…internet slow rupanya. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada awak juga.

Yot
23/08/2012 at 2:27 pm
Login to Reply

Salam aidil fitri .. sahabat …



    Khairul Abdullah
    23/08/2012 at 3:44 pm
    Login to Reply

    Salam Aidilfitri juga buat sahabatku Yot.

Megasenja
23/08/2012 at 4:30 pm
Login to Reply

Masih belum terlambat kan..salam aidilfitri!



Khairul
23/08/2012 at 8:52 pm
Login to Reply

MS,

Raya kan sebulan.. :). Salam Aidilfitri untuk anda juga.



Su
27/08/2012 at 5:29 am
Login to Reply

Saya dh start keja kelmarin, byknya kerja hingga hilang habis mood malas nk buat kerja selepas cuti 10 hari!.. Hehe..

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.



    Khairul
    27/08/2012 at 9:15 am
    Login to Reply

    Su,

    Selamat Hari Raya dan selamat mencari “mood” utk buat keje 🙂

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved