1. Apa itu bini? Menurut kamus Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka cetakan 1990, bini bermaksud isteri, atau perempuan yang sah dikahwinkan dengan seorang lelaki mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh sivil maupun syariah.
2. Apa itu OCD? Menurut kamus Webster, OCD adalah istilah perubatan sains psikologi yang dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder. Ia adalah suatu sifat atau tingkahlaku yang dikategorikan sebagai luarbiasa atau tidak normal yang mana menimbulkan keresahan kepada pesakit dan mendorong beliau membuat sesuatu perkara berulang-ulang kali dan selalunya membawa kepada masalah kepada “pesakit” dan juga orng disekeliling beliau. Sila rujuk wikipedia untuk maklumat lanjut.
3. Sebagai contoh OCD ialah..seorang yang mengira atau membuat sesuatu berulang-ulang kali (di luar kebiasaan bagi seseorang yang normal mengira) atau menyusun sesuatu terlalu rapi atau contoh terbaik sekiranya anda pernah menonton siri tv Monk. Beliau tergolong di dalam orang yang mempunyai OCD.
4. Ok..cuba kita hubungkan kembali topik yang sedang ditulis ini dengan diri sendiri. Sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai isteri atau suami, adakah mereka atau anda sendiri mempunyai OCD? Isteri saya tergolong di dalam kumpulan tersebut akan tetapi ianya tidaklah terlalu kritikal. Namun begitu ianya memberi impak kepada kehidupan seharian anda dimana anda akan sentiasa dimarahi atau diberi amaran sekiranya perbuatan anda tidak selaras dengan kehendak atau kemestiannya. Alah bisa tegal biasa..saya sudah biasa. Tetapi ada kalanya ia agak menyukarkan dan agak malang kerana saya tidak dapat membantu di dalam kerja2 yang melibatkan perbuatan OCD tadi sebagai contoh, membasuh, melipat dan menyusun pakaian. Bagi orang biasa, kerja2 tersebut adalah perkara biasa yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja dan ianya adalah perkara kecil sekiranya lipatan tidk berapa lurus atau susunan tidak mengikut kod warna atau jenis kain dan sebagainya. Tetapi bagi isteri saya, ianya adalah perkara yang besar.
5. Itu belum lagi bab mengemas rumah, bila hari cuti, kerjanya celik mata sampai pejam mata adalah mengemas rumah. Ada kalanya rasa takut untuk memijak lantai uyang sudah di vakum dan di”mop” dan kadang kala rasa sayang untuk duduk di sofa yang sudah diulit sehingga empuk dan disusun dengan bantal kecil yg comel tu. Pada hujung minggu saya disuruh bangun lambat, sebab takut saya akan memijak lantai yang sedang dibersihkannya, atau saya harus bangun lebih awal daripada beliau dan keluar untuk memberi laluan kepada beliau utk mengemas rumah dengan aman.
6. Tapi, bagi saya itu masih biasa saja walaupun boleh digolongkan sebagai orang yang mempuyai OCD. Saya pernah jumpa Siti Najwa yang mengira duit sebayak 100kali (10 bundle dan 10 kali kira setiap bundle) sebelum berpuas hati bahawa jumlah tersebut adalah betul. Saya juga pernah berjumpa seorang yang akan membersihkan dapur (tak kira rumah siapa yang dia pergi) kerana dia terlalu obses dengan kebersihan dapur.
Ketika entry ini sedang ditulis, isteri saya masih mengemas rumah. Ini adalah hari ke-3 sejak sabtu lepas. Hmmm..apa nak jadi? ENTAHLAH!
Khairul Abdullah
Sent via BlackBerry® smartphone








8 Comments
hahaha…i think most women will have this behaviour.. masa awal2 kawin dulu my hubby selalu tension sbb selalu kena sound sbb letak sudu tak ikut bekas.. i think pompuan dah ditrain dari kecil kot bila buat keje rumah mesti kemas dan teratur.. haa kan dah memang teratur :p
I think so…but sometime perkara tersebut menjadi melampau dan keterlaluan..dan merimaskan. It takes time to get used to it tho.
ha’ah betul..it takes time to get used to it.. tapi kan if things are organized kan senang nak cari rather than bersepah..betul tak..
Can’t agree more 🙂
Kesabaran amat penting dalam menangani permasalah yg membabitkan individu yg memiliki OCD ini. Individu terbabit juga perlu memiliki kesedaran yg ikhlas dari hatinya yang mengakui dirinya memiliki “kelainan” yg selama ini membuatkan org lain merasa serba salah, yg mana kesedaran ini sangat perlu jika individu yg memiliki OCD ingin merawat dirinya dan membebaskan dirinya dari OCD.
sedikit perkongsian:
http://husnuzzonloa.blogspot.com/p/rawatan-ocd.html
letih juga kalau isteri ada OCD..
Suami patut bersyukur jika isteri mempunyai perangai macam tu. Memang kadang2 rasa macam remeh dan merimaskan, dan yang paling serius boleh jadi punca bergaduh.
Tapi, bila isteri tak ada walau sehari, barulah suami akan rasa kepentingannya… 🙂
Heheh sangat betul 🙂