Sekembali dari Ikea petang tadi – singgah sekejap di rumah untuk menghantar barangan dan terus ke Rewe (sebutan Rghi ver), sebuah pasaraya seperti Giant berhampiran rumah saya. Jaraknya kira-kira 6 minit berjalan kaki.
Hajatnya untuk membeli sedikit barangan dapur. namun teringat botol-botol plastik yang berlambak di dapur lalu mengumpulkannya dan dapat penuh satu beg Ikea yang berwarna biru tu. Tujuannya – adalah untuk mengitar semula
dan mendapatakan kembali wang hasil daripada jualan botol tadi.
Itulah ceritanya.
Bukan kaki botol yang mabuk-mabuk tu yer. Cuma tajuk untuk melariskan blog sahaja.
Botol – tak kira samada plastik atau kaca merupakan komoditi yang sangat berharga di sini.

Sejumlah botol-botol minuman yang saya kumpul (bukan saya kutip yer). Antaranya botol air mineral, ice lemon tea, jus, soda dan lain-lain lagi
Setiap botol adalah berharga 25 sen tak kira samada botol kecil atau besar. Jadi sekiranya anda seorang “kaki botol” di sini – tak kira samada botol coke atau botol “ice lemon tea” maupun botol-botol yang memabukkan tu, anda pasti taidak akan membuangnya ke dalam tong sampah.
[quote]berpendapatan purata minimum sekitar Euro20.00 sehingga Euro30.00 sehari dengan hanya mengutip botol.[/quote]
Sekiranya anda buang – tak lama botol tersebut akan hilang kerana dipungut oleh pengumpul botol professional yang berkeliaran dari tong sampah-ke tong sampah setiap hari dari pagi hinggalah ke malam. Saya anggarkan mereka berpendapatan purata minimum sekitar Euro20.00 sehingga Euro30.00 sehari dengan hanya mengutip botol.
Setiba di Rewe, saya terus ke mesin kitar semula botol. Mesin tersebut berfungsi secara automatik – masukkan botol dan mesin akan “scan” barcode di botol tersebut dan terus melenyekkannya (compressed). Setelah selesai, tekan butang hijau dan resit akan keluar.

Mesin untuk kitar semula botol kaca.

Mesin kitar semual botol plastik dan tin. Hanya masukkan botol atau tin di lubang bahagian atas.

Resit dari mesin kitar semula bernilai Euro4.50
Resit tersebut boleh ditukar dengan wang tunai ataupun barangan.
Contoh penggunaan mesin kitar semula.
Baru terjumpa video ni di youtube.
[quote]Jadi – selama saya berada di Jerman ini, saya pasti akan menjadi “kaki botol” yang tegar.[/quote]
Semua botol saya yag berjumlah 18 biji tersebut bernilai Euro4.50. Bunyi nilainya hanyalah kecil bukan? seakan-akan Rm4.50 sahaja. Namun dengan resit tersebut saya dapat menukarkan barangan seperti gambar di bawah.

Barang yang ditukarkan dengan resit kitar semula tadi – perlu ditambah 95sen bagi membayar nilai keseluruhan barang.
Banyak bukan? dengan hanya Euro4.50. Dan sekiranya saya pulangkan kembali (kitar semula) 3 biji botol di atas, saya akan mendapat kembali 75 sen.
Nilai Euro4.50 adalah bersamaan RM4.50 – usah ditukarkan nilai Euro di Malaysia (darab 4) kerana saya tinggal dan bekerja di sini dengan kadar gaji yang sama seperti di Malaysia. Jadi bagi saya nilai Euro dan RM adalah 1 nisbah 1 seperti yang pernah saya ceritakan di sini
Jadi – selama saya berada di Jerman ini, saya pasti akan menjadi “kaki botol” yang tegar.
Adakah anda ingin menjadi seperti saya? ENTAHLAH..I dont know. Kalau nak kitar semula – saya alu-alukan, kalau nak mabuk-mabuk – jangan sesekali. Harammmmmm!
![]()







80 Comments
wow dengan 4++ euro boleh dapat barang gitu punya banyak?? bagusnya kalau kat malaysia pun guna sistem ini..saya gerenti seluruh negara, tak pun KL bebas botol sebab akan ada ramai ‘kaki botol’ kan..
minggu lepas saya jual dua beg plastik besar botol, ada lebih kurang 50++ termasuk botol minyak masak..dapat 50 sen jer…adehhh..
Wow..dengan 50++ biji botol cuma dapat 50 sen? lepas masuk tandas awam jer lah yer 🙂
tu pun tandas awam gred b, kalau tandas kat KLCC tu ada certain level nak kena hulur RM2..melampau kan setakat nak buka zip pun depa minta sampai dua ringgit…ni yg rasa nak pindah Kuala Terengganu ni…ehh tetiba kan..:)
Hehehe…bagus jugak tu, pindah pegi KT cari rumah tepi pantai…best kan? boleh ler kawan dengan Su.
Salam Khairul
i’ve been recycling botol2 kat rumah ni..tp yg laku botol plastik je..botol kaca diorang taknak..
Botol kaca sendiri recycle jdkan tabung utk anak2, jdkan bekas tpt letak pencil/kaler..selebihnya terpaksa dibuang sbb dah xde tpt nak simpan.
Emak diorang konon nak lukis botol2 kaca..what they call it..glass painting tp x tau nak cari peralatan glass painting tu kat mana..
Wsalam blu4sky,
Kat sini semua jenis botol, plastik maupun kaca dan juga tin minuman…semua laku dan jarang jumpa di dalam tong sampah.
Oh…nak cari kaler dan peralatan tu boleh try tgk kat area petaling street. Ada a few art shop yg besar dan agak lama. Rasanya diorang ada kot.
Tq khairul..dah berzaman tak gi area tu..boleh lerr pjgkan kaki ronda2 kat situ
Sama-sama. Semoga jumpa lah apa yang dicari tu dan selamat melukis 🙂
blu, try cek kat kedai art belakang CM, ada satu kedai India jual art equipment, i beli kanvas kat situ dan rasanya ada banyak lagi tools lain dia jual..
thanks LW
boleh lerr panjangkan kaki pegi CM.. area situ pun dah lama tak jejak kaki.
.masa study dulu..situ lerr port untuk dating..hahahhaha…
kat M’sia kalau $4.50 leh beli jajan je lah..
Haha..kira ok jugak tu dapat beli jajan. Tapi untuk dapat RM4.50 tu..agak2 berapa banyak botol nak kena kumpul? Kalau dalam 50 botol baru dapat 50sen..means 1 botol berharga cuma 1 sen. Jadi kena kumpul 450 botol baru dapat RM4.50 kan?
Ya 1 botol 1 sen..rasa macam tak berbaloi sangat tapi sebab dah kumpul jadi saya jual je..tapi lain tauke lain harga rasanya..
Kena gi cari tokey yang beli 1 botol 25 sen lah yer. Ada ke? 🙂
bgsnya lah kalo kat Msia ni ada mesin cmtu..tp kalo ada pun msti akn jadi mangsa vandalisme…kalo rakyat msia ni betul2 ada sivik cmtu..masalah denggi dll semua selesai gamaknye..kita plak kalo ada botol plastik agak2 blh simpan brg samada buat tabung atau simpan rempah ratus,garam etc..kalo kaca buang je,tp asingkan plastiknya sbb kesian kat org2 yg kutip botol..takdelah bercmpur dgn sampah2 yg bau busuk tu..
Mesin begini seharusnya diletakkan di dalam supermarket dan berada di bawah pengawasan dan pengurusan, jadi tiada kes vandalisme.
Kat sini pulak kalau nak buangkan botol, kaca, plastik, ataun tin seperti tin sardin (makanan) haruslah dicuci terlebih dahulu. Bukan cucui bersih – tetapi sekadar melalukannya di bawah air bagi membuang sisa makanan. Jadi org yg mengutip atau yang mengasing di pusat pelupusan tadi tak ler bau busuk. Boleh baca di sini : http://khairulabdullah.com/sistem-kitar-semula-di-jerman/
saya pun buat cmtu jugak kalo buang tin/kaca..kesian pd cari rezeki kutip tin,botol2..kdg tu selongkar plastik bercmpur dgn sampah basah..
Itu adalah sangat bagus. Tabikkk 🙂
Assalamualaikum KA,
Satu cara yg paling baik utk menanamkan sifat kitar semula.
Di sini, sejujurnya K.Sham tak pernah nampak lagi sesiapa yg mengitar semula. Mungkin ada, mungkin tidak. Sehinggakan pekerja buruh am pun tak pernah dilihat melakukan sebarang aktiviti yg seumpamanya.
Tapi kalau kitar semula utk pakaian atau brg-an rumah, letak shj di kawasan masjid.. they’ll know what to do with it.
W’salam Kak Sham,
Kat Kuwait tu takde ke pusat kitar semula? Tapi kan..orang sana semua kaya2..so kitar semula ni mungkin perkara remeh bagi diorang kot.
Kat sini kalau pakaian semua dikumpulkan dan diberikan kepada bdan kebajikan atau red cross dan nanti diorang akan agihkan kepada homeless. Kalau barang2 lain seperti perabut, brg elektrik letak je kat jalan depan rumah, jadi sesiapa yg berkenan boleh ambik dan kalau takde orang ambik nanti lori bandaraya datang angkut. Tapi pada hari2 tertentu sahaja boleh buat macam tu.
malaysia patut ada mesin mcm ni..bukan setakat mesin je kena ada tapi sikap ke’awareness’ juga harus ditingkatkan.. implementation tidak akan terjadi sekiranya enforcement tidak diketatkan…
Net, setuju tu, paling penting adalah sikap dan juga enforcement. Sepatutnya sebagai sebuah negara yg majoritinya beragama islam – kita patut lebih bersih dalam menjaga alam kurniaan Allah SWT dari orang lain.
kalau kat mesia ada mesin cenggini mesti best..i selalu hantar botol (plastik, kaca), paper, tin etc kat pusat kitar semula kat pasar seksyen 6 tuh..meme le dapat tak seberapa pun…banjer budak makan aiskrim pun tak lepas..hehe.. but at least we done something good to the world rite….
Tabik, walaupun dapat tak seberapa, namun sikap untuk mengitar semula tu yang sangat penting. Saya harap ada sekurang-kurangnya 10 juta orang seperti anda di Malaysia 🙂
haha..saspen je titile dia..bestkan..banyak barang bole beli..kat sini lepas bayar nasi ayam pak mal je la sepinggan..yg kat sek 11 tuh..kalau nak beli sama barang di atas dalm rm20-25…duit2…
Hahaha…title macam akhbar tabloid la…nak melariskan jualan 🙂
Hahah.nasi ayam pak mal….lama dah tak makan.
jerman ni segala galanya canggih dan bersih…akak tak pernah pergi tapi husband rajin lah cerita…kalau pergi outstation overseas dia rajin cerita dengan akak…ada sekali tu dia cerita dia pergi belanda naik macam keretapi laju lah dari Jerman…bila dia duduk tu dia terbau seperti ganja…pastu dia terjumpa seorang rakyat malaysia yang bekerja dan berkahwin dengan orang belanda, dia ni beri tahu husband di belanda menghisap ganja tidak salah…kalau kat malaysia ganja boleh kena hukum gantung….
Betul Kak, Jerman ni kira negara yg paling bersih kot kat sebelah europe ni. Tapi tak boleh lawan Jepun la.
Kat Belanda ganja dan pelacuran adalah “halal”. Tapi dadah lain spt heroin, cocain dan pelbagai dadah sintetik lain tetap haram.
Aisehman..tajuk entri dia tak perikemanusiaan langsung. 🙂
Di Jerman, yg sponsored sistem ini dipantau oleh pihak kerajaan atau swasta, Khairul? Teknologi gini kalo apply kat Msia pun sgt baik. kan?
Mula2 mungkin byk karenah atau masalah tapi saya percaya lama-kelamaan org bertambah matang dan belajar menghargai brg2 yg boleh dikitar semula. Pencemaran alam pun dpt dikurangkan.
Yg penting sekali kadar v.i.p (read:very important penganggurs) kat M’sia pun terisi dgn wujudnya jawatan pengumpul2 professional. (entah2 org yg bertanya nih pun berminat nak apply jugak kot?)ha3
Aisehhhh….tajuk tabloid lah 🙂
Sistem kitar semula dipantau oleh kerajaan namun inisiatif sistem jual beli brg kitar semula ni oleh swasta. Sebenarnya semu botol2 tadi (yg ditukar nilai di supermarket) telahpun dibeli/bayar oleh kita apabila membeli barang tersebut.
Contohnya – Ice Lemon Tea berharga 34sen sebotol dan di “mark up” oleh supermarket sebanyak 25 sen yg dipanggil Pfand (deposit). Jadi harganya menjadi 59sen sebotol. Pulangkan botol dan anda mendapat kembali 25sen deposit tadi.
Paling penting adalah enforcement. Di sini kalau anda tidak asingkan sampah dengan betul mengikut tong yang sepatutnya – sampah anda tidak akan dikutip. Lori datang..dia check tong..kalau betul brg yg sepatutnya dibuang dalam tong tu..baru diangkut. Jadi, kalau tak nak rumah anda berbau busuk atau sampah berlonngok..asingkan sampah dengan betul.
Kat sini pengumpul professional terdiri dari lelaki dan wanita yang juga memakai kot dan kasut hitam yer 🙂 t
hello KA.. niza new follower KA.. gara2 durian crepe..
alhamdulillah dah try n jadik..
lepas ni nk try roast chicken lak..
topic kaki botol ni mmg “panas”..
collectors pakai kot.. mmg hebat..
kat mesia klu nk dpt RM4.50 tu dh penuh dapor ngn botol2.. mmg agak menyesakkan mata la..
Hello Niza,
Terima kasih kerana mengikuti blog serta mencuba resepi saya. Untuk mencuba resepi2 lain, boleh tgk kat http://khairulabdullah.com/recipes
Topik “kaki botol” tu tak le panas…tajuk dia jer panas..hehehe.
swiss pun guna recycling system yg sama. berderet org beratur depan machine di migros. us pula sediakan tong sampah utk recycle items untuk setiap rumah … tak dpt duit balik… kira keje free.. huhu..
Ahkak Batek,
Betul tu, sistem tu sangat bagus, tak kisahlah harga berapa 1 botol yang penting kemudahan untuk kitar semula tu kena ada. Dan sistem tu pula kena ler bagi orang seronok untuk guna..baru ler berkesan.
sangat bagus..kt rumah saya banyak botol
mineral water,air gas dan botol minyak masak
susah betul nak buang sbb lori beli semua tu jarang masuk taman saya.simpan pun semak//kan bagus kata ada mesin tu kat mesia.ker ada cuma saya je yg tak tau.huhu
ada lawak dlm laugh channel..letak org dlm mesin tu utk kemekkan tin/sgt lawak
Irfa,
Rsanya tak ada mesin tu kat Malaysia. Tapi tak taulah kan kot2 sepanjag peninggalan saya dah ada mesin tu.
Hahaha…saya pun nanti nak try tgk kot2 ada orang pakai hammer dok kat belakang mesin tu 🙂
Encik Khairul,
Ahad yang baru lepas ni, saya jual 20kg majalah & kertas, 2 kg botol plastik, 1 kg suratkhabar = RM18.00 sahaja ye.. hehe
Apek tu kata – botol plastik kita angkat mulah2 saja maaa, satu kilo 30sen saja maaa, mana ada olang beli mahal2 punya.. sabor jer laa..
Haha…RM18 tu kira ok lah kan. At least dapat something dan paling penting sikap kitar semula itu. Syabas!
Assalamualaikum Yob Khairul,
akak rasa hasil dr menjual barang2 terpakai amat menyeronokkan. Kita tertunggu2 berapa ringgit nak dapat, dpt banyak atau sikit pun sonok!
baru hantar penuh satu triton to kemaman last saturday.. here tak secanggih di europe & masih ramai belum sedar sebab2 nak kena recycle barang2 ni..
Mulan,
Biarlah tak canggih..yg penting recycle tu. Dan the willingness to recycle tu thats count.
Tabik!
Kak Yong,
Betul tu kak, walaupun sedikit tetapi seronok. Saya kat sini dah boleh kira siap2 berapa akan dapat sebab harga tu dah standard.
Salam, agak terkejut jugak euro4.50 boleh beli barang bnyk mcm tu… mmg kat sana barang murah2 ker?
kat Malaysia, nk beli botol coca-cola pon dah brapa ringgit, limau pon mahal gak huhu…
Amy,
Yer..barang2 di sini adalah lebih murah (dengan matawang euro) sekiranya hendak dibandingkan secara relatif 1:1. Sila baca tulisan saya sebelum ini mengenai harga barangan di Jerman ini. http://khairulabdullah.com/kos-hidup-lebih-murah-di-jerman/
Thumbs up!! untuk….org yg cipta mesin tu..hehe 🙂
Jommm kita pakat bagi Thumbs up!
sungguh best stay kat negara 4 musim….saya ada ke korea oktober lepas….but in early autumn.
pasal kitar semula nie….me n wife mmg rajin…once a week we all akan kumpul botol n kotak n jual….tapi sgt murah sekilo 75sen utk botol. sangat bagus kalau kat mesia ada mesin recyle mcm tu….then bleh tukar kpd brg keperluan. diorg sgt hargai org yg take care of their environment. i think kalau kat malaysia buat konsep mcm tu sure ramai yg akan recyle.
Salam Yahya,
Betul tu…dengan ada sistem sebegini, mungkin sikap kitar semula di Malaysia akan bertambah. Insha Allah, pasti akan ada suatu hari nanti.
saya pun ada mengumpul botol botol..tak jual lagi kat lori pin pin….dorang akan pick dari rumah kerumah..tapi bayarannye sangat la ciput…
Hahaha..lama tak dengar “lori pin pin” tu 🙂
Tak kisahlah kan walaupun bayaran dia ciput..yg penting botol2 tu tak dibuang merata-rata.
saya pun ada mengumpul botol botol..tak jual lagi kat lori pin pin….dorang akan pick dari rumah kerumah..tapi bayarannye sangat la ciput…
kami ada pickup barang recycle door-to-door di klang valley.
Vincent,
Satu usaha yg bagus. Kepada semua yang nak recycle..sila hubungi en. Vincent yer.
Kan bagus kalau ada mesin cam tu kat malaysia.
Lagi 2-3tahun ada lah tu 🙂
boleh saya tahu dari mana hendak dapatkan mesin tersebut?
assalamualaikum . ad maklumat x sal mesin ni . mcm jurnal ke ? urgent. 😀
assalamualaikum . ad maklumat x sal mesin ni . mcm jurnal ke ? urgent. 😀
Maaf saya tiada maklumat tersebut.
Mungkin anda boleh dtg ke Jerman dan berjumpa dengan pengeluarnya.
Assalamualaikum. Perkongsian ilmu yang sangat baik, terima kasih banyak-banyak. Alangkah baiknya jika di Malaysia juga ada mesin kitar semula seperti ini…
saya nak jual botol2 plastik kosong seamaster dan botol2 tesco.call saya 019-2350841, saya dudok di- taman pelangi semenyih.
sy stay dkt bavaria last year
da nk blik malas nk kua kn duit
so collect botol2 dri kawan2 g tuka dkt rewe
dpt la 20uero, bleh barang masak utk 1mggu
tringin nk german blik
Sidek bin hj.yacob (SBY).tq khairulabdullah kerana kongsi pengalaman.jika ada yang hendak jual /buang botol plastik/kaca/tayar kereta boleh hubungi saya.sebahagian disedekah pada surau/masjid.amin (hp 012-3206251/010-5156028/email- yacob.sidek@yahoo. Com.my)
biar betol.. 18 botol bersamaan berapa kilogram? mahal tu.. saya kumpul beratus botol nak sampai satu KG jenuh..
Di sini harga bukan dikira per kilogram tetapi per botol. Setiap botol berharga 25 sen.
Assalam ..saya dah buat dah projek ini masa sy ambik bidang kejuruteraan mekanikal.Alhamdulillah saya menang pingat emas peringkat kebangsaan dan antarabangsa. jika ada peluang projek sy ini diketengahkan amat berbesar hati untuk maklumkan pada saya =) ..
Azrul,
Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana berjaya. Saya tiada kapasiti untuk mengenengahkan atau memajukan atau merealisasikan projek anda namun saya boleh membantu mempromosi projek anda di blog saya dan melalui rakan-rakan saya dan mungkin ada mereka diluar sana yg dapat membantu anda. Sila hubungi saya melalui email.
botol kat sini sekilo RM 0.40 jer.. bersamaan dengan 25 biji botol… huhuhu
Sekilo 40 sen tu botol plastik ke kaca? Kat sini semua jenis botol tak kira plastik atau kaca, kecil atau besar harganya €0.25 (RM1.10)
Khairul Abdullah wow!!!… rasa macam nk gi kutip botol kat sana jer… kamu ada kat sana lagi ker? saya nk export botol2 dari malaysia ke sana jer la.. huhuhu… sini siries mmg rendah giler la harga dia.. mmg 40 sen jer sekilo. botol plastik. botol kaca mana ada harga
ada sesiapa nak membeli botol dialisis?
nak jual botol sebiji harga RM1.90 jer….nk call saya 0387234601
Kemenangan Ku Sebenarnya setiap botol disini sudah dibayar depost apabila kita membeli minuman. Contohnya beli air coke botol besar kat sini berharga €1.50 nanti bila bayar kat kaunter dia akan charge €1.75. Setiap minuman botol akan di charge extra €0.25 jadi botol tidak dibuang begitu saja, tiada sampah2 botol di jalanan atau dlm tong.
Bagi botol2 lain yang tidak dibayar deposit maka harga dikira mengikut jenis botol dengan harga sekitar €0.02 sehingga €0.15 setiap satu botol.
Bagaimana untuk mendapat pekerja di jerman.sb saya berminat utk kerja di eropah di samping menghantar ank ke akedemi bolasepak di sana.
boleh beri panduan ke en.khairul
En Abdullah,
Saya telah menulis artikel mengenai tips bekerja di luar negara. Tuan boleh baca artikel tersebut dan fahamkan dan jika ada yg tidak faham sila tanya saya kembali.
Terima kasih khairul .saya dh baca atikel tu dan sgt baik sekali sebagai panduan dan sgt baik tip2 yg di berikan dlm artikel tersebut.
Tempat seperti bilik senang ke dpt di jerman dan daerah mana yg baik untuk memulakan kan karier di Jerman atau di lain2 eu.
Terima kasih khairul saya bangga dgn awak.ank melayu di jerman.
En Abdullah,
Bilik sewa atau rumah atau apartment utk disewa agak mudah utk dapat kalau kena caranya. Kebanyakan pemilik rumah tidak gemar memberi sewa kepada foreigner yg tidak bekerja dan mereka biasanya meminta slip gaji bagi membuktikan yg anda bekerja dan boleh membayar sewa.
Jadi tanpa pekerjaan agak sukarlah nak dptkan rumah sewa, namun boleh sewa apartment/homestay terlebih dahulu sementara dpt kerja. Once dah lengkap segala dokumen then barulah cari rumah sewa yg proper.
Nak mula karier atau bekerja di Jerman ni tak kisahlah di area mana pun, namun kalau nak duduk di kawasan org islam yg ramai maka kena duduk di bandar2 besar spt Berlin, Munich, Frankfurt, Dresden dsb. Kalau duduk di pekan kecil atau ceruk kampung maka sukar utk dapatkan makanan halal.
Tips dari saya – untuk mudah dapat kerja di Jerman ini satu syarat yg paling penting adalah bahasa. Tuan haruslah berupaya untuk bertutur di dalam bahasa Deutsch kerana bahasa tersebut digunakan 100% utk setiap urusan harian di sini. Jadi kalau boleh bercakap bahasa mereka maka amat mudah utk dapat kawan dan mudah juga utk dpt kerja, cari rumah sewa dsb.
Good luck!
Makna nya halangan pertama adalah bahasa.hehehe.
Terima kasih banyak info bernilai untuk saya.
Yer betul, kalau boleh at least cakap sikit2 n faham apa yg dicakapkan walaupun tak fasih maka semuanya akan menjadi lebih mudah.
Semoga semuanya dipermudahkan untuk tuan. Aminn.