
Pagi tadi saya bangun seperti biasa lalu ke dapur menyediakan sarapan sambil membelek telefon. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.40 pagi dan jam di telefon menunjukkan jam 6.40pagi.
Saya terbangun awal atau jam saya yang salah?
Ohhhh…saya bangun awal pagi ini kerana jam tubuh (bodyclock) saya sudah ditetapkan begitu namun hari ini beliau “confused” sekejap kerana jam sudah bertukar kembali kepada “Local Standard Time” iaitu waktu sebenar di negara ini iaitu 6.40 pagi berbanding jam di tangan saya yang menunjukkan jam “Daylight Saving Time”.
Kenapa begitu?
Setiap tahun, jam akan bertukar sebanyak 2 kali iaitu di musim bunga dan di musim luruh. Ketika habis musim sejuk sekitar penghujung Mac, waktu siang akan menjadi semakin panjang, maka jarum jam dicepatkan selama 1 jam bagi memendekkan waktu siang. Sekiranya tidak, waktu siang akan berakhir sekitar jam 10.30 malam dan waktu malam pula akan berakhir pada jam 3 pagi.
Oleh itu, masa siang dipendekkan lalu dipanggil “Daylight Savings Time” atau saya ringkaskan sebagai DST.
[quote]DST akan bermula pada setiap hari Ahad terakhir di bulan Mac dan akan berakhir pada hari Ahad terakhir pada bulan Oktober[/quote]
Apabila menghampiri musim sejuk, siang menjadi pendek di mana matahari mula terbenam sekitar jam 3.30 petang sekiranya masih menggunakan waktu DST, maka jarum jam akan diundur kembali kepada waktu sebenar iaitu sejam kebelakang. Ini menjadikan waktu siang lebih panjang sedikit dan matahari akan terbenam pada jam 4.30 petang berbanding pukul 3.30 petang jikalau menggunakan DST.
Sila baca tulisan saya sebelum ini apabila DST bermula.
DST akan bermula pada setiap hari Ahad terakhir di bulan Mac dan akan berakhir pada hari Ahad terakhir pada bulan Oktober pada jam 2.00 pagi. Tahun ini DST bermula pada Ahad, 31 Mac 2013 dan berakhir pada hari ini Ahad 27 Oktober 2013 pada jam 2 pagi tadi seperti yang saya tunjukkan di bawah.
DST bermula pada tarikh :-
- Ahad, 31 Mac 2013, 02:00:00 jam dianjakkan 1 jam kehadapan
- Ahad, 31 Mac 2013, 03:00:00 adalah waktu yang akan digunakan sepanjang DST

DST berakhir pada 27th October 2013. Jadi apabila DST menunjukkan :-
- Ahad, 27 Oktober 2013, 03:00:00 jarum jam akan diundurkan 1 jam kebelakang
- Ahad, 27 Oktober 2012, 02:00:00 adalah waktu tempatan.

Sukar untuk memahaminya? Tidak sukar bukan kerana ianya adalah perbuatan menukarkan jarum jam ke belakang atau ke hadapan sahaja. Secara mudahnya – masuk musim panas (bermula dalam musim bunga) jarum jam dicepatkan 1 jam, dan masuk musim sejuk (bermula dalam musim luruh) jarum jam diundurkan kembali 1 jam.
Namun sekarang jam di telefon bimbit bertukar secara automatik. Maka itu yang menyebabkan jam di tangan dan jam di telefon saya berbeza apabila saya bangun awal pagi tadi. Jadi tak perlu risau, cuma perlu tukar jam di dinding dan di tangan sahaja.
[quote]Saya dengan berat hati mengucapkan selamat tinggal kepada musim panas[/quote]
Jadi, kepada semua rakan dan pembaca blog saya di Malaysia, perbezaan masa sekarang adalah 7 jam yakni sekiranya sekarang adalah pukul 5.00 petang di Malaysia maka anda perlu undurkan 7 jam kebelakang maka sekarang adalah jam 10.00 pagi di Jerman ini. InshaAllah apabila habis musim sejuk nanti..kita akan berjumpa lebih awal satu jam berbanding hari ini.
“Daylight Saving Time” atau “Daylight Savings” atau “Summer Time” kini sudah berakhir.
Saya dengan berat hati mengucapkan selamat tinggal kepada musim panas dan jika diberikan umur yang panjang inshaAllah saya akan bertemu lagi dengannya di bulan Mac tahun hadapan.
Selamat Datang Musim Sejuk! dan adakah musim sejuk kali ini lebih mencabar dari musim yang lepas? ENTAHLAH..I Dont Know.
![]()







16 Comments
waktu Msia > cepat rupanya..
sekarang musin hujan di Kensington Park aka Segambut..
(>.<)
Yer, matahari terbit dari arah timur..so Malaysia lebih cepat ler 🙂 Sekarang pun musim hujan di sini.
ohh best you got extra hour to sleep… :p
Haha…indeed. Tetapi tetap bangun sejam awal sebab bodyclock dah set macam tu for the past 6 months…so nak kena biasakan balik 🙂
Assalamualaikum KA,
Kuwait hari ni hujan. Tanda awal "winter is in the air".
Seronok kepalang anak-anak. Tak perlu lagi "mengenyit mata" atau berhibernasi di rumah kerana cuaca di luar yang terlalu panas.
Bagi K.Sham pula.. inilah masa utk mengeluarkan segala jaket, baju panas & yg sewaktu dengannya. Dlm seronok.. ada jugak sedikit malas.. mengenangkan selepas ini perlu berbaju berlapis-lapis ketika beraktiviti di luar.
Salji mungkin tidak akan turun tapi ada masa suhu still can drop until below 0'c.
Anyway.. as you said.. selamat datang musim sejuk..
& you.. take care dik..
P/s; Lama dah KA tak post entri masak-masak..
Waalaikumsalam Kak Sham,
Kat sini hampir setiap hari hujan bermula. Cuaca dah makin sejuk, siang dah pendek, pukul 5.30 dah gelap macam 8 malam, di bahagian selatan Germany snow dah mula turun. Haisshhh
You too Kak, take care and enjoy winter!
p/s : dah lama tak masak yang special2..masak nasik jer 🙂
Assalamualaikum KA,
Apa khabar? Lamanya tk menjenguk ke sini, lama juga rasanya tk der entri baru kan? Hehe..
Saya baca ulang2 entri kali ni, sebab nk betul faham. Padahal dh pernh baca tentang ini dulu. Hahaha… Sini pun dah musim sejuk, err… tengkujuh sebenarnya. Hehe.. hari2 hujan. Sukanya, walaupun kekdg susah nak berurusan di luar. Maklumlah bangunan di terengganu rasanya tidak ada satupun bangunan yg ada parking di bawah atau di atas bangunan. ‘Cap ayam’ betul. Hahaha..
Waalaikumsalam Su,
Kabar baik alhamdulillah 🙂 Yer saya agak jarang menulis kebelakangan ni.
Susah nak faham ke? Rasanya dah tulis dengan paling ringkas dan jelas dah tu…hehehe.
Assalam KA… Hope all in great shape.. Ohhh boleh sambung tidur tu.. Dah lambat satu jam… Hehehee…
Waalaikumsalam Mulan,
Thank you. Dah makin tua ni tidur tak boleh lebih..nanti lesu 🙂
Kat Windsor aka Sungai Long pun asyik hujan je dua tiga hari ni, dan saya suka sangat hujan sebab tak payah siram pokok orkid saya. hmm rasa macam confuse juga nak faham system jam tu yer..tapi alah bias tegal biasa…kan!
…alah bisa tegal biasa…
skrg musim hujan
setiap petang hujan 😉
malam2 menggagau cari selimut .. sejuk sgt
Hahahah…di sini dah bermula musim malas keluar rumah. Apa2 pun nak cepat balik rumah. Kalau dah kat dalam rumah mesti malas gila nak kluar sebab sejuk dah makin melampau 🙂
info yg sgt2 menarik. baru tau ada juga macam ni rupanya..tq for sharing.
Sama-sama 🙂 dan terima kasih juga kerana mengunjungi blog saya.