• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Simple Review Ombak Rindu 2011 – Highly Overrated

30/12/2011
poster ombak rindu

Saya berkesempatan menonton filem Ombak Rindu yang hangat diperkatakan seminggu dua lepas. Agak masih belum terlambat untuk saya menyaksikan filem tersebut dan membuat sedikit “review” di sini. Bagi orang “teknikal” seperti saya yang meminati filem..agar tidak adil untuk melihat filem ini dari aspek teknikal seperti penataan cahaya, suntingan, penataan seni dan sebagainya dan membandingkannya dengan filem dari negara luar. Filem ini dikira cukup baik untuk taraf filem di Malaysia.

Namun saya tidak ingin memperkatakan tentang aspek tersebut.

Maya Karin on Ombak Rindu

 

Maya Karin & Bront Palarae

Harapan saya tinggi apabila mula menonton namun ianya tidaklah seperti yang saya sangkakan dan seperti yang digembar-gemburkan di media maupun di internet. Bagi saya ia adalah filem “drama percintaan” yang biasa sahaja. Cuma Watak Izah (Maya Karin) agak luar biasa dan menjadi tunjang kekuatan filem ini.

Saya seorang yang “simple” dan “straight forward”. Sekiranya filem tersebut sebuah filem cinta..ia mesti membuat hati saya detik berbunga, sekiranya ia filem sedih..ia mesti membuatkan hati saya meruntun dan air mata saya mengalir dan sekiranya ianya filem komedi, ia harus membuat saya ketawa.

Bagi saya ombak rindu tidak memberikan saya apa-apa perasaan tersebut. Ia adalah sebuah cerita biasa sahaja seperti anda menonton cerekarama dan sesetengah cerekarama adalah lebih baik. Saya yakin, pembaca novel Ombak Rindu akan merasa kecewa kerana novel tersebut tidak diangkat ke layar perak, cuma disedut beberapa perincian dan jalan cerita untuk menjadi sebuah filem.

Membawa novel ke layar perak adalah tidak semudah yang disangkakan. Banyak perincian perlu diambilkira dan diangkat ke tengah. Banyak plot perlu disenambungkan dan watak-watak yang perlu wujud untuk meringkaskan cerita tersebut di layar perak. Sekiranya penerbit meletakkan “Another Masterpiece Based on The Best Selling Novel” di dalam poster dan promosi filem, mereka harus untuk tidak menghampakan pembaca novel tersebut yang mengharapkan novel yang mereka baca “hidup” di layar perak.

Mengikut Murai.my, Fauziah Ashaari tidak berpuashati di atas durasi filem tersebut. Tetapi bagi saya Fauziah tidak berpuas hati kerana keseluruhan wataknya, perinciannya adalah tidak sama dengan novel.

Watak Izzah digambarkan sebagai seorang gadis kampung yang “naif” menjadi ustazah mengajar kanak-kanak mengaji di siang hari dan menjadi pelayan di gerai/warung di sebelah malamnya. Di dalam novel, Izzah adalah seorang adalah seorang kerani yang bijak dan bercita-cita tinggi, ingin menyambung pelajarannya.

Perincian watak yang tidak tepat seperti di dalam novel akan membuatkan penonton (pembaca novel khasnya) merasa tertipu. Banyak lagi perincian lain seperti lokasi Izzah disimpan contohnya juga tidak tepat. Watak Mila juga tidak digambarkan dengan betul.

Klimaks filem ini juga adalah berlainan dari novel dan pembaca novel pasti akan merasa kecewa.

Saya tidak mahu untuk merungkaikan segala perincian perbandingan antara novel dan filem kerana ia adalah sebuah filem yang mengambil secara ringkas jalan cerita serta watak sebuah novel untuk diangkat ke layar perak.

Sekiranya filem ini dinilai secara “as it is” dan tidak dibandingkan dengan novel, atau tidak dinyatakan yang ianya diadaptasi dari sebuah novel, saya masih mengklasifikasikannya sebagai sebuah filem “drama” biasa sahaja dengan watak En. Hariz lakonan Aaron Aziz dan Datuk Sufiah lakonan Azizah Mahzan yang biasa anda lihat di dalam drama-drama melayu.

Saya cuma kagum dengan Maya Karin kerana berlakon dengan sangat baik di dalam filem ini. Bagi saya di dalam filem ini Maya “performed at her best and at her prettiest”.

Tetapi, ada yang bagusnya tentang filem ini kepada saya. Ia membuatkan saya rindu kampung halaman saya, rindu sawah padi, rindukan laut dan yang paling penting, rindukan keluarga saya.

Walaubagaimanapun, saya tetap memberikan 3.5 bintang kepada filem ini.


 

2011aaron azizbront palaraefilem ombak rindulisa surihanimaya karinombak rindureview ombak rindu
Share

Artist  / Blog  / Books  / Drama  / Films

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Coldplay – Live In Frankfurt 2011
21/12/2011
It’s Cold, It’s Grey and no White Christmas
18/12/2011

8 Comments


farmys
04/01/2012 at 5:11 am
Login to Reply

dah tgk cerita ni.. ok la.. tapi rasa biasa2 jer..
orang cakap cerita ni sedih..
tapi bagi saya macam kurang menyentuh la kesedihannya..



    admin
    04/01/2012 at 8:46 am
    Login to Reply

    Farmys,

    Ye saya setuju dengan anda. Belum cukup untuk menyentuh perasaan saya. Sesetengah cerekarama di tv adalah lebih baik.

seha
06/01/2012 at 5:04 pm
Login to Reply

yup,bg sy crite ni xde yg best sgt pn, biase jer,dr segi cinematografi dye xde lh hebat sgt, berbanding drama tentang dhia yg disiarkan d TV3 br2 ni, crite tu 10 kali lg best dr crite ni,wlaupn jln critenyer hmpir 70% seakan2 same dgn crite ni, tp pembawakan watak oleh pelakon dan juga keseinambungan crite jauh lebih baik dr drama tu.. lg pula lihat dr shot angle yg diambil,pun d kira sgt bek.. tp,yg pling pnting dlm sesebuah crite,seberapa jauh ia dpt menarik hati penonton untuk menjiwai watak dalm crite tersebut,bg sy drama ni adalah antara yang terbaik pernh sy tgk sampaikn sy yg sebelum ni xpernh mngis tgk criter mlayu, blh menitiskn air mata pd akhir episod tersebut..sedih sgt2..



    admin
    06/01/2012 at 6:43 pm
    Login to Reply

    Seha,

    Saya belum berkesempatan untuk melihat drama tersebut, dan pasti bila ada masa nanti saya akan menontonnya.Dah lama tak menitis airmata tengok drama melayu nih..

Zera
29/01/2012 at 8:35 am
Login to Reply

Mmg btul



    admin
    03/02/2012 at 10:51 am
    Login to Reply

    Terima kasih kerana bersetuju dengan saya. :d

Jay
22/04/2012 at 12:21 pm
Login to Reply

Setuju agak overhyped.



twin
03/03/2014 at 4:02 am
Login to Reply

Trend di Msia skrg ni byk drama bersiri diadaptasi dari novel.
Malangnya saya bukan peminat novel cinta, jadi saya tak tahu… Drama pun jarang tengok.. Pity me!



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved